Sony Interactive Entertainment mengumumkan kolaborasi bersama LeBron James untuk mengeluarkan aksesori terhad kepada PlayStation 5 termasuk cover konsol dan controller DualSense. Kedua-dua aksesori ini akan menjadi keluaran terhad di negara terpilih di seluruh dunia.
Aksesori PS5 ini menampilkan elemen yang telah diilhamkan oleh LeBron di mana dia menyukai game dan komuniti PlayStation. Memandangkan LeBron ialah Playmaker PlayStation, dia telah mereka bentuk grafik yang ada pada cover konsol dan controller DualSense bersama-sama pasukan PlayStation.

Ia masih gila untuk berfikir seorang kanak-kanak dari Akron yang membesar bermain game akan mencipta sesuatu seperti ini. Mereka bentuk cover konsol dan controller dengan PlayStation yang memberikan pujian kepada pelajar I Promise saya dan tempat asal kami adalah perkara yang cukup hebat.
Saya harap ia adalah sesuatu yang terus memberi inspirasi kepada semua orang yang menyentuhnya, dan mereka berasa seronok mencari makna dalam setiap perincian.
LeBron James

Bagi sesiapa yang tidak mengenali LeBron James, dia merupakan seorang pemain bola keranjang professional untuk pasukan Los Angeles Lakers dalam National Basketball Association. Sepanjang kerjayanya, dia telah menjuarai kejohanan tersebut sebanyak 4 kali. Yang pertama dan kedua adalah bersama Miami Heat, ketiga adalah bersama Cleveland Cavaliers dan kali keempat adalah bersama Los Angelas Lakers pada tahun 2020.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa aksesori kolaborasi bersama LeBron James untuk PlayStation 5 seperti cover konsol dan controller DualSense adalah keluaran edisi terhad di beberapa negara terpilih di seluruh dunia. Namun, mereka masih tidak mengumumkan sebarang tarikh keluaran dan hanya mengesahkan yang ia akan dikeluarkan pada tahun ini.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan aksesori ini, korang boleh pre order di direct.playstation.com nanti.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post