Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Studios menangguhkan pelancaran God of War: Ragnarok ke tahun 2022

Amir Haziq by Amir Haziq
June 3, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Platform, PS4, PS5
0 0
0
PlayStation Studios menangguhkan pelancaran God of War: Ragnarok ke tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang sedang menantikan sekuel God of War untuk tiba tahun ini, kerana pengarah asal francais tersebut, David Jaffe menyatakan God of War: Ragnarok bakal tiba di PlayStation 5 dan PlayStation 4. Namun, berita kali ini pasti mengecewakan peminat God of War, kerana sekuel tersebut telah ditunda pelancarannya ke tahun 2022 oleh pembangunnya, Santa Monica Studio.

Berita ini telah disahkan oleh ketua PlayStation Studio sendiri, iaitu Hermen Hulst di PlayStation Blog dengan menyatakan mereka telah membuat keputusan untuk membawa God of War: Ragnarok ke tahun 2022, bagi memastikan Santa Monica Studio memberikan yang terbaik untuk pemain di game God of War baru. Beliau juga menyatakan versi PS4 untuk game God of War yang baru telah mula dibangunkan oleh studio tersebut.

Hulst juga mengesahkan yang God of War Ragnarok tidak akan menjadi eksklusif untuk PS5 kerana ianya juga bakal dilancarkan di PS4. Walaupun berita ini mungkin bukan yang ingin didengar oleh peminat, tetapi sekurang-kurangnya kita sudah tahu yang sekuel ini bukanlah tajuk eksklusif PS5. Sekarang, kita boleh mengharapkan agar pengarah God of War, Cory Barlog dan studio pembangun memberikan berita baik untuk peminat.

pic.twitter.com/LLXnEof2Lg

— Santa Monica Studio – God of War Ragnarök (@SonySantaMonica) June 2, 2021

Selain dari itu, studio pembangun God of War, iaitu Santa Monica Studio juga telah memuat naik sebuah tweet di Twitter rasmi studio dengan memo yang menyatakan mereka sedang memfokuskan kualiti game terbaik, dan memastikan keselamatan serta kebajikan pasukan studio. Mereka juga telah membuat keputusan untuk membawa pelancaran God of War: Ragnarok ke tahun hadapan, dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong serta akan berkongsi perkara menarik untuk para peminat.

Buat masa ini, peminat hanya dapat meneka bila permainan akan keluar dan menantikan pengumuman dari Santa Monica Studio untuk God of War: Ragnarok. Untuk mengikuti lebih banyak liputan kami mengenai game ini, tekan sahaja pada pautan tersedia.

Dapatkan sekarang!
God of War: Ragnarok
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Santa Monica Studio
Release Date: 2022-11-09
PlayStation 5
“Kratos dan Atreus mesti pergi ke setiap ‘Nine Realms’ untuk mencari jawapan semasa bersiap sedia untuk peperangan yang diramalkan akan menamatkan dunia. Bersama, Kratos dan Atreus harus meneroka jauh ke dalam Nine Realms untuk mencari jawapan ketika pasukan Asgardian bersedia untuk berperang. Sepanjang perjalanan, mereka akan meneroka landskap mitos yang menakjubkan, mengumpulkan sekutu dari seluruh alam dan menghadapi musuh menakutkan yang datang dalam bentuk dewa dan raksasa Norse. Apabila ancaman Ragnarok semakin hampir, Kratos dan Atreus mendapati diri mereka harus memilih antara keselamatan keluarga atau keselamatan alam…”
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God of War: RagnarokPlayStation StudioSanta Monica Studio
Previous Post

Review Assassin’s Creed Valhalla: Wrath of the Druids – Satukan kerajaan Ireland!

Next Post

Pemain PC! Genshin Impact bakal mendarat ke Epic Games Store 9 Jun ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pemain PC! Genshin Impact bakal mendarat ke Epic Games Store 9 Jun ini!

Pemain PC! Genshin Impact bakal mendarat ke Epic Games Store 9 Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd