Pada artikel kami yang lalu, PlayStation Studios Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka kini sudah pun mula beroperasi di Komune, dan membuka banyak jawatan kosong yang boleh dimohon. Terbaru, Presiden SIES Malaysia, iaitu Hasnul Hadi Samsudin telah memuat naik perkongsian dimana mereka sedang membuka pemilihan untuk jawatan Senior Concept Artist bersama PlayStation Studios Malaysia.
We never let up!
We seek to add more to our growing studio.@PlayStation Studios Malaysia is now looking for Senior Concept Artists for our team. We need fiercely daring heroes to bring greatness to our games.
Check this link to tryout: https://t.co/lcwC2jtoXk#PlayHasNoLimits pic.twitter.com/jEQk7IbcAz— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) June 21, 2021
Di dalam perkongsian tweet ini, Hasnul Hadi menyatakan PlayStation Studios Malaysia sedang membuka pemilihan untuk jawatan Senior Concept Artist. Jawatan ini dibuka kerana mereka akan bersedia untuk melakukan sebuah projek baru bersama PlayStation Studios. Beliau mencari mereka yang berpengalaman dalam pereka konsep untuk menghasilkan projek game PlayStation dan turut berkongsikan pautan Linkedin untuk permohonan jawatan itu di tweetnya.
Berikut adalah maklumat mengenai jawatan Senior Concept Artist yang dibuka di PlayStation Studios:
Tanggungjawab
- Menghasilkan seni konsep yang mempunyai nilai dan relevan untuk watak, persekitaran, prop dan kesan khas.
- Bekerjasama dengan penyelia, ketua dan artis lain dalam pelbagai bahagian seni untuk menghasilkan reka bentuk visual watak dan dunia game.
- Berkhidmat sebagai sumber artistik untuk keseluruhan produk atau sebagai sumber studio, yang merangkumi, tetapi tidak terbatas pada, mentoring dan melatih artis yang kurang berpengalaman, membimbing mereka, menegakkan proses yang betul dan mengajar teknik baru.
- Menghasilkan konsep inspirasi dan seni prototaip untuk melancarkan senario game, memberi maklum balas dan cepat menggunakan konsep.
Keperluan
- Berpengalaman minimum 5+ tahun dalam seni konsep, dalam persekitaran pengeluaran (boleh dilakukan secara freelance)
- Mampu memberi arahan dalam kemahiran seni asas (melukis, mewarna dan rendering, petunjuk bahan, perspektif, komposisi, teori warna, reka bentuk, anatomi, dan teknik reka bentuk kedua dan ketiga).
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dan dapat mengartikulasikan konsep serta idea dengan fasih.
- Mempunyai kebolehan dalam memahami dan mematuhi garis panduan atau arahan seni sambil terus berinovatif dan kreatif.
- Kebolehan menghasilkan model 3D dan ukiran tidak diperlukan, tetapi boleh menjadi kelebihan tambahan.
- Mempunyai kemahiran pengurusan masa dan keutamaan yang cekap bagi berkolaborasi bersama kumpulan produksi untuk mengkoordinasikan senarai tugas, bagi memastikan tugas berjalan dengan lancar mengikut jadual, objektif dan tujuan keseluruhan projek.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia. Pastinya anda akan gembira bila dapat pengalaman bekerja dengan syarikat permainan digital terkenal ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom mohon sekarang dan cuba mengambil peluang untuk bekerja di PlayStation Studios Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post