Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Studio Malaysia bantu membangunkan The Callisto Protocol!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 5, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, PC, Platform, PS4, PS5, Sci-fi/ Thriller, Steam, Survival, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
PlayStation Studio Malaysia bantu membangunkan The Callisto Protocol!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sudah sedia maklum bahawa Sony telah menyumbang kepada pembangunan game The Callisto Protocol dan siapa sangka, terdapat juga kumpulan daripada Malaysia mengambil bahagian dalam pembangunan game ini. PlayStation Studio Malaysia telah membantu Striking Distance Studios dalam pembangunan projek ini.

Sumber: ResetEra

PlayStation sering menyokong ciptaan tajuk daripada pihak ketiga dengan meminjamkan studio motion capture tercanggih mereka dan juga membantu dari segi pencampuran audio dan sinematik. Tetapi ini kelihatan seperti salah satu tugas terbesar mereka pada game bukan daripada pihak pertama setakat ini, dengan 30 orang daripada PlayStation Studio Malaysia yang dipimpin oleh Hasnul Hadi telah dikreditkan untuk game ini.

Ini bukan kali pertama PlayStation Studio Malaysia terlibat dengan projek besar. Mereka sebelum ini pernah terlibat dengan MLB The Show 22 dan pembangunan remake The Last of Us Part 1. Dengan bantuan yang diberikan, kita dapat lihat bagaimana keseluruhan pengalaman game ini, terutama sekali sinematiknya sangat menakjubkan.

Untuk pengetahuan anda, The Callisto Protocol merupakan game survival horror di mana pemain akan berasa seperti tidak berdaya. Pemain akan bermain sebagai Jacob seorang lelaki biasa yang akan berjuang sama ada dia akan terus hidup atau mati. Barang kelengkapan seperti peluru, health dan senjata yang disediakan turut terhad dan pemain perlu mencari barang yang diperlukan di sekeliling Black Iron.

Berikut adalah sinopsis game ini:

Berlaku di Callisto “bulan mati” Musytari pada tahun 2320, The Callisto Protocol ialah kisah Jacob Lee, seorang banduan di Penjara Black Iron yang mesti berjuang untuk hidupnya apabila wabak misteri menyebabkan bulan menjadi huru-hara. Pengawal penjara dan banduan berubah menjadi makhluk dahsyat yang dipanggil Biophage. Jacob mesti berjuang untuk bertahan dari keseraman Black Iron dan membongkar rahsia gelap United Jupiter Company.

Mari sama-sama kita sokong The Callisto Protocol hasil bantuan rakyat Malaysia ini. Ianya kini tersedia untuk dimainkan pada PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstationPlayStation Studios MalaysiaSonyThe Callisto Protocol
Previous Post

The Game Awards 2022 LIVE bakal disiarkan di TGV Sunway Pyramid!

Next Post

Sinematik baru Dragon Age: Dreadwolf jelaskan misi antagonis, Solas!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sinematik baru Dragon Age: Dreadwolf jelaskan misi antagonis, Solas!

Sinematik baru Dragon Age: Dreadwolf jelaskan misi antagonis, Solas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd