Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation sedang merancang servis langganan baru “Spartacus” untuk bersaing dengan Xbox Game Pass yang popular

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 4, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
PlayStation sedang merancang servis langganan baru “Spartacus” untuk bersaing dengan Xbox Game Pass yang popular
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut dokumen yang disemak oleh Bloomberg, Sony PlayStation sedang merancang perkhidmatan langganan baru bernama “Spartacus” untuk bersaing dengan servis Xbox Game Pass yang popular.

Sony warns PlayStation 5 shortage will continue into 2022 - GadgetMatch

Secara ringkas, servis PlayStation Spartacus akan membenarkan pemilik PlayStation membayar yuran bulanan untuk akses kepada katalog game moden dan klasik. Perkhidmatan ini kemungkinan besar akan tersedia untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Apabila dilancarkan pada musim bunga akan datang, servis itu akan menggabungkan dua pelan langganan sedia ada Sony iaitu PlayStation Plus dan PlayStation Now.

Buat masa ini, PlayStation Plus diperlukan untuk kebanyakan game online multiplayer dan menawarkan sejumlah game percuma baru tiap bulan, manakala PlayStation Now membenarkan pengguna untuk stream atau memuat turun game lama. Dokumen yang disemak oleh Bloomberg mencadangkan bahawa Sony bercadang untuk mengekalkan penjenamaan PlayStation Plus tetapi menghentikan PlayStation Now secara beransur-ansur.

Why Black Friday is the best time to renew your PS Plus membership |  TechRadar

Walaupun PlayStation melebihi jualan Xbox, Sony agak ketinggalan di belakang Microsoft dari aspek langganan. Dengan struktur baru ini, mereka akan berusaha untuk bersaing dengan ciri Xbox Game Pass yang teramat popular dan menguntungkan pengguna.

Bagi mereka yang tidak tahu, Xbox Game Pass mempunyai lebih daripada 18 juta pelanggan dan untuk jumlah bayaran tertentu setiap sebulan, pengguna akan dapat akses tanpa had kepada beratus-ratus game hebat. Xbox telah membina strategi keseluruhannya di sekitar perkhidmatan ini dan meletakkan semua game yang diterbitkan secara dalaman pada Game Pass sebaik sahaja ia dikeluarkan. Xbox juga telah memperoleh beberapa studio besar, seperti Bethesda Softworks pada tahun lepas, dengan matlamat untuk memperkukuh katalog Game Pass.

Xbox Game Pass was almost a complete disaster | TechRadar

Apa pendapat anda? Nampaknya PlayStation pun sudah mula mengikuti jejak langkah Xbox dengan pembikinan servis “Spartacus”. Harap ia sama baguslah. Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstationPS4ps5SpartacusXbox Game Pass
Previous Post

Genshin Impact, Resident Evil Village, & PES 2021 menang besar di PlayStation Partner Awards 2021!

Next Post

Kedai Flagship vivo pertama di Malaysia kini dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kedai Flagship vivo pertama di Malaysia kini dibuka!

Kedai Flagship vivo pertama di Malaysia kini dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd