Apabila mula diperkenalkan pada 2005, semua orang menyukai PlayStation Portable (PSP) yang kini digelar sebagai salah satu konsol ikonik yang bagus. Malangnya, penggantinya PS Vita tidak mempunyai nasib yang sama dan tidak berjaya menambat hati para gamer. Namun, mungkin sejarah bakal berubah kerana kami dapat berita PlayStation sedang sibuk menghasilkan konsol handheld baharu.

Berikut adalah isinya!
Info ini datang daripada pemberi maklumat terkenal Tom Henderson melalui laman web Insider Gaming; yang menjelaskan bahawa konsol ini diberi nama samaran Q Lite. Apa yang membezakan konsol ini adalah fungsinya. Daripada bersaing dengan Steam Deck dan ROG Ally akan datang, Q Lite sebaliknya akan menjadi gajet yang menyokong PlayStation Remote Play secara khusus.
Ini bermaksud kita masih memerlukan PS5 untuk bermain game dan menggunakan Remote Play (yang dibuat untuk PC & mobile), cuma aplikasi tersebut sekarang akan memiliki peranti khas yang memaksimumkan kemampuan dan keasyikan – anggap sebagai controller khas untuk Remote Play.
Q Lite akan menyokong penstriman sehingga 1080p pada kadar 60 FPS, dan memerlukan sambungan Internet berterusan untuk berfungsi. Contoh reka bentuk tidak dikongsi, tetapi laporan mendakwa bahawa konsol ini akan menyerupai DualSense dengan tambahan skrin sentuh LCD 8-inci di tengah.
Untuk aspek imersif, konsol handheld ini akan berfungsi dalam cara yang sama seperti DualSense di mana ia akan menyokong ciri eksklusif seperti haptic feedback dan adaptive trigger.
Q Lite kini didakwa dalam fasa ujian QA (Quality Assurance), dan sepatutnya dilancarkan sebelum PS5 Pro (juga khabar angin), tetapi selepas model PS5 dengan ‘disk drive’ boleh tanggal.

Info ini masih tidak disahkan oleh Sony PlayStation, jadi lebih baik untuk menganggap konsol handheld ini seperti khabar angin dahulu dan jangan memasang harapan tinggi. Masih banyak yang sedang dirancang oleh Sony, maka lagi elok kalau peminat dan para gamer bersabar dahulu. Semoga Sony dapat memberi maklumat lebih kukuh dalam masa terdekat.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk PS5, tekan SINI.
ARTIKEL TAMAT DI SINI
@gamersantaimy
Discussion about this post