Nampaknya PlayStation ingin memiliki lebih banyak studio akan datang. Pada tahun lepas sahaja, enam studio dan beberapa syarikat gaming telah dimilikinya, tahun ini juga sudah tiga studio yang menyertai keluarga besar PlayStation. Ia mungkin juga maklum balas yang jelas terhadap Microsoft yang juga aktif dalam membeli studio gaming. Baru-baru ini, Jim Ryan, presiden kepada PlayStation telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan perkara ini, malah sudah mempunyai rancangan lebih pada masa ini.

Pengesahan ini datang melalui podcast PlayStation rasmi terkini, di mana Ryan telah menjadi tetamu istimewa rancangan itu. Dia hanya membincangkan secara ringkas mengenai rancangan PS untuk pengambilalihan pada masa hadapan dan mengulangi perkara yang dia dan PS telah lakukan sebelum ini. Dia juga telah menjelaskan bahawa syarikat itu “berkembang melalui pemerolehan.”
Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang komen yang diberikan oleh Ryan. Ianya mengenai cara dia gambarkan perkembangan PlayStation untuk masa hadapan. Dia secara khususnya berkata “kami mempunyai lebih banyak perancangan,” yang mengacah bahawa ada beberapa studio yang masih belum diumumkan. Jadi, mereka mungkin akan mempunyai beberapa pendedahan besar yang akan dibuat dalam masa terdekat.
Ini membawa kita ke khabar angin yang berlegar-legar di media sosial baru-baru ini. Ia mengenai PlayStatio akan mengumumkan “pemerolehan studio besar.” Ramai yang menjangka berita mengenainya akan diumumkan pada minggu lepas, tetapi ianya tidak berlaku. Tetapi komen daripada Ryan nampaknya membuatkan khabar angin ini semakin rancak diperbincangkan.

Terdapat juga beberapa cadangan studio yang peminat jangka akan menyertai PlayStation. Antaranya ialah FromSoftware, yang telah melepaskan Elden Ring pada Februari yang lalu. Game itu masih lagi banyak dimainkan dan pelbagai kandungan menarik mengenainya direka oleh peminat. Tetapi ini semua khabar angin dan teori daripada peminat PS. Jadi kita nantikan sahaja sebarang pengumuman baru daripada syarikat besar itu.
Sumber: gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post