Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) mengumumkan bahawa PlayStation akan mengadakan promosi masa terhad, “PlayStation® Holiday Sale” bermula 21 Disember 2022 sehinggalah 3 Januari 2023 sempena menyambut musim percutian ini.
Terdapat pelbagai tawaran hebat untuk pembelian peripheral PlayStation 5 termasuklah game PlayStation 5 dan PlayStation 4. Tawaran ini tersedia di semua kedai pengedar rasmi PlayStation dan Sony Store sementara stok masih ada.

Sebagai tambahan, Holiday Sale PlayStation Store (PS Store) bermula pada 21 Disember 2022 sehinggalah 6 Januari 2023. Antara game yang dipaparkan ialah Elden Ring (30% diskaun), EA Sports FIFA 23 (50% diskaun), The Last of Us Part 1 (29% diskaun) dan Resident Evil Village Gold Edition (20% diskaun)
Harga PlayStation 5 Peripheral
[wpdatatable id=142]Harga game PS5 dan PS4 terpilih (versi Blu-ray Disc)
[wpdatatable id=143]Kalau anda berminat untuk mendapatkan produk-produk semasa Holiday Sale ini, boleh layari laman web rasmi PlayStation. Untuk mengetahui lokasi kedai, boleh klik pautan ini.
Jadi kepada anda yang ingin mencari hadiah untuk diberikan kepada kawan atau ingin mencari game baru untuk dimainkan cuti ini, bolehlah ambil peluang daripada tawaran hebat ini. Untuk melihat promosi yang sedang dijalankan, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post