Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Holiday Gift Guide 2022 – Hadiah terbaik untuk peminat PS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2022
in Artikel, Berita, Bimbingan, Panduan, PlayStation Store, PS4, PS5
0 0
0
PlayStation Holiday Gift Guide 2022 – Hadiah terbaik untuk peminat PS!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim cuti semakin hampir dan mungkin ada di kalangan korang yang ingin memberi hadiah kepada orang tersayang atau kawan karib! Di sini, Sony Interactive Entertainment Singapore menyediakan panduan hadiah buat peminat PlayStation, yang terdiri daripada game terbaharu daripada PlayStation Studios, aksesori gaming rasmi, dan banyak lagi. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah PlayStation Holiday Gift Guide untuk 2022!

Baucar Digital

Bagi mereka yang mempunyai bajet tahun ini, gift card PlayStation Store ialah hadiah yang sesuai untuk mereka yang ingin memilih daripada koleksi game besar atau menambah pengalaman PlayStation mereka. Kad hadiah PlayStation Store boleh didapati di kedai serbaneka dan pengedar sah PlayStation.

Game eksklusif PlayStation Studios

UNCHARTED: Legacy of Thieves Collection

Dihasilkan oleh Naughty Dog, UNCHARTED: Legacy of Thieves Collection merangkumi dua game single-player: UNCHARTED 4: A Thief’s End dan UNCHARTED: The Lost Legacy. Terokai sejarah yang hilang bersama, Nathan Drake dan Chloe Frazer, ketika mereka mengembara ke seluruh dunia untuk mengejar pengembaraan yang luar biasa. Game ini adalah remaster untuk PS5 dengan visual dan framerate yang dipertingkatkan.

Legacy of Thieves Collection boleh didapati di pengedar sah PlayStation pada harga RM209.

God of War: Ragnarok

Dibuat oleh Santa Monica Studio, ini adalah sekuel kepada God of War (2018) yang diiktiraf secara positif. Temani Kratos dan Atreus dalam perjalanan mitos untuk mengentikan Ragnarök tiba. Bersama-sama, bapa dan anak mesti mempertaruhkan segala-galanya semasa mengembara ke setiap Sembilan Alam. Berbekalkan Leviathan Axe dan Blades of Chaos – kemahiran Kratos akan diuji ketika dia berjuang untuk melindungi keluarganya.

God of War: Ragnarok boleh didapati di pengedar sah PlayStation pada harga RM299 (PS5) dan RM249 (PS4).

Horizon Forbidden West

Sertai Aloy sambil mengharungi Forbidden West – kawasan berbahaya yang menyembunyikan ancaman baharu dan misteri. Terokai tanah yang jauh, lawan mesin yang lebih besar, dan temui puak baharu semasa anda kembali ke dunia Horizon selepas apokaliptik. Tanah semakin mati. Ribut ganas dan bencana yang tidak dapat dihalang memusnahkan saki-baki manusia, manakala mesin baharu berkeliaran di sempadan mereka. Terpulang kepada Aloy untuk membongkar rahsia di sebalik ancaman ini dan memulihkan ketenteraman dan keseimbangan kepada dunia.

Horizon Forbidden West boleh didapati pada harga RM299 (PS5) dan RM249 (PS4).

Gran Turismo 7

Gran Turismo 7 menghimpunkan ciri terbaik daripada ‘Real Driving Simulator’. Tidak kira jika anda seorang pelumba kompetitif atau kasual, pengumpul, atau jurugambar – temui minat anda dengan koleksi mode yang mengagumkan termasuk GT Campaign, Arcade dan Driving School. Dengan lebih 420 kereta tersedia di Brand Central dan Used Car Dealership, Gran Turismo 7 mencipta semula pengalaman motor klasik dan supercar canggih.

Gran Turismo 7 boleh didapati pada harga RM299 (PS5) dan RM249 (PS4).

The Last of Us Part I

Alami kisah emosi dan watak ikonik dalam The Last of Us, pemenang lebih 200 anugerah Game of the Year, tetapi dibina semula untuk konsol PlayStation 5. Dalam tamadun yang musnah, di mana yang selamat telah dijangkiti dan berleluasa, Joel diupah untuk menyeludup Ellie yang berusia 14 tahun keluar dari zon kuarantin tentera. Bermula sebagai misi yang kecil, ia tiba-tiba berubah menjadi perjalanan yang kejam untuk bertahan hidup. Game ini termasuk kisah lengkap The Last of Us dan bab prekuel, Left Behind, yang menceritakan kehidupan Ellie dan kawan baiknya Riley.

The Last of Us Part I boleh didapati di pengedar sah PlayStation pada harga RM299 (PS5).

Game PlayStation untuk PC

Selain itu, PlayStation juga mempunyai pelbagai game PC untuk diberikan kepada rakan dan keluarga. Untuk rakan yang mencari keseronokan, mereka boleh mencuba Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Marvel’s Spider-Man: Remastered atau Marvel’s Spider-Man: Miles Morales. Bagi mereka yang lebih suka sesuatu yang mencabar, korang boleh hadiahkan Days Gone, God of War atau Sackboy: A Big Adventure.

Game PlayStation untuk PC tersedia di Steam dan Epic Game Store.

Peranti dan aksesori

DualSense Wireless Controller

Seperti yang kita semua tahu, DualSense Wireless Controller menyediakan pengalaman gaming yang hebat dengan teknologi “adaptive trigger dan haptic feedback” dan merupakan aksesori penting untuk PS5. Di sini, apa kata korang manjakan diri dengan warna baharu controller! DualSense kini boleh didapati dalam lima warna yang diilhamkan oleh galaksi: Midnight Black, Cosmic Red, Starlight Blue, Galactic Purple dan Nova Pink, serta Grey Camouflage.

DualSense Wireless Controller boleh didapati di pengedar sah PlayStation pada harga RM349 atau RM369.

PS5 Console Cover

Customize setup anda dengan PS5 console cover yang sepadan dengan semua DualSense berwarna galaksi – seperti Midnight Black, Cosmic Red, Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple serta Grey Camouflage. PS5 console cover ini mudah ditukar dan akan tersedia untuk kedua-dua PS5 dengan pemacu cakera Blu-ray Ultra HD dan PS5 Edisi Digital.

PS5 console cover boleh didapati di pengedar sah PlayStation pada harga RM259.

PULSE 3D Wireless Headset

Ingin mendengar setiap langkah, tembakan dan dialog dalam game? PULSE 3D Wireless Headset adalah hadiah yang sangat baik – direka khusus untuk menyampaikan Audio 3D melalui Tempest 3D AudioTech. Pada masa yang sama, dilengkapi dengan voice capture yang jelas dan dwi mikrofon jenis noise-canceling.

PULSE 3D Wireless Headset boleh didapati di pengedar sah PlayStation pada harga RM469 dan boleh didapati dalam Midnight Black and Grey Camouflage (mulai 8 Disember).


Jika korang perlukan lagi banyak info tentang PlayStation Holiday Gift Guide 2022, sila layari laman web rasmi PlayStation di sini: https://www.playstation.com/en-my/deals/playstation-holiday-gift-guide/

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gift GuideplaystationPS4ps5
Previous Post

Senarai filem hangat bakal tiba di TGV pada bulan Disember 2022!

Next Post

Tiket Comic Fiesta 2022 sold out, scalper jual tiket sehari hingga RM600!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tiket Comic Fiesta 2022 sold out, scalper jual tiket sehari hingga RM600!

Tiket Comic Fiesta 2022 sold out, scalper jual tiket sehari hingga RM600!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd