Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation 5 mencatat keuntungan RM2 bilion lagi tinggi dari Xbox X|S

Finbold mengesahkan jualan PlayStation 5 mencecah RM15 bilion sejak ianya dilancarkan!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 9, 2021
in Artikel, Berita, Platform, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
PlayStation 5 mencatat keuntungan RM2 bilion lagi tinggi dari Xbox X|S
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol next-gen Sony, PlayStation 5 hari ini diumumkan telah berjaya menghasilkan pendapatan sekitar $3.8 bilion (anggaran RM15.65 bilion) dari penjualan 8.6 juta konsol. Sony telah melancarkan konsol ini secara global bermula 12 November 2020 yang lalu, dengan menampilkan pengalaman gaming next-gen kepada para pemain PS5. Selain dari Sony, Microsoft juga turut mengeluarkan konsol next-gen bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri. Namun, berdasarkan anggaran pendapatan antara kedua-dua syarikat gergasi tersebut, Sony telah berjaya mengatasi Microsoft.

Menurut data yang diperolehi dari Finbold, PlayStation 5 menghasilkan pendapatan $3.8 bilion (anggaran RM15.65 bilion) dari 8.6 juta unit konsol yang dijual sekitar $449.99 (anggaran RM1853.28) seunit. Manakala Xbox X|S pula dianggarkan menghasilkan pendapatan bernilai $2.04 bilion (anggaran RM8.4 bilion) dari penjualan 5.12 juta unit konsol yang dijual sekitar $399.99 (anggaran RM1647.36) seunit. Secara kumulatif, kedua-dua konsol ini menghasilkan pendapatan sekitar $5.92 bilion (anggaran RM24.38 bilion). Malah, secara perbandingan, PlayStation telah menjual 3.52 juta unit PS5 lebih banyak berbanding konsol Xbox Series X|S, dan pendapatan jualannya adalah 89.42% lebih tinggi dari pendapatan yang dihasilkan oleh Xbox.

Antara sebab kejayaan Sony PS5 ini adalah kerana ianya memperkenalkan konsol next-gen dengan grafik dan prestasi lebih baik serta mempunyai tajuk game eksklusif yang tiada di platform lain. Manakala Microsoft pula, melancarkan siri konsol Xbox bersama dengan rancangan langganan berbayar bagi membangunkan ekosistem Xbox.

Selain itu, disebabkan kesan pandemik COVID-19, kedua-dua jualan konsol tersebut melonjak kerana pengguna banyak menghabiskan lebih banyak masa di dalam rumah mereka bagi mengikuti perintah kawalan berkurung yang disarankan di seluruh dunia. Jadi, ini menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan permainan video sebagai bentuk hiburan lain kepada pengguna meningkat. Finbold turut mencatatkan bahawa wilayah Amerika Utara dan Eropah merupakan pengguna tertinggi untuk kedua-dua konsol tersebut.

 

Walau bagaimanapun, permintaan untuk kedua-dua konsol ini tetap tinggi, kerana kebanyakan pengedar mengalami masalah kehabisan stok dan bekalannya masih terhad. Masalah ini tercetus kerana barisan pengeluar mengambil keputusan untuk menutup pengeluaran mereka atas faktor keselamatan. Jadi ini menyebabkan ketersedian konsol baru di pasaran menjadi perlahan kesan dari pandemik yang berlaku.

Tambahan pula, bekalan untuk konsol mungkin akan meningkat lebih tinggi pada tahun 2021 kerana kekurangan semikonduktor secara global yang berlaku di industri elektronik. Apabila ekonomi sudah mula dibuka semula nanti, kapasiti pengeluaran kedua-dua konsol ini perlu ditingkat lebih tinggi bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat.

Walaupun dalam situasi pandemik ini, kita boleh lihat yang penjualan konsol PS5 dan Xbox X|S di pasaran hari ini masih mampu mengalahkan konsol terdahulu mereka seperti PlayStation 4 dan Xbox One. Untuk membaca segala liputan kami mengenai PS5, tekan sahaja pautan ini.

Sumber: Finbold

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MarketMicrosoftplaystation 5Sonyxbox
Previous Post

Dragon Ball: Fakta & trivia unik tentang Piccolo yang anda mungkin tidak tahu!

Next Post

Dari anime ke realiti! Siri aksi live Cowboy Bebop akan datang ke Netflix hujung tahun ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dari anime ke realiti! Siri aksi live Cowboy Bebop akan datang ke Netflix hujung tahun ini!

Dari anime ke realiti! Siri aksi live Cowboy Bebop akan datang ke Netflix hujung tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd