Anda teringat tidak pengumuman mengenai bundle PlayStation 5 baharu yang memaparkan game Genshin Impact semasa livestream yang lalu. Nampaknya pemain di Malaysia juga berpeluang untuk mendapatkan bundle tersebut! Diumumkan oleh PlayStation Asia, PlayStation 5 Genshin Impact Gift Bundle bakal tersedia di Malaysia pada 10 April dengan harga RM 2499!

Apa yang anda akan dapat dengan bundle ini adalah konsol PS5 baharu (versi cakera) dan controller DualSense yang tersedia dalam kotak khas yang memaparkan watak-watak Fontaine seperti Furina, Neuvillette, Navia, Lyney, Lynette, Freminet dan sudah semestinya Traveler dan Paimon. Anda juga akan mendapat kod yang menampilkan bonus dalam game seperti:
- 1 x Outfit Option Bundle
- 1 x Festive Namecard
- 800 x Primogems
- 10 x Hero’s Wit
- 100K x Mora (in-game resource)

Dengan adanya Outfit Option Bundle tersebut, Traveler boleh memilih satu kostum yang tersedia dalam game. Antara kostum yang tersedia adalah:
- Ganyu [Twilight Blossom]
- Shenhe [Frostflower Dew]
- Klee [Blossoming Starlight]
- Kamisato Ayaka [Springbloom Missive]
- Keqing [Opulent Splendor]
- Jean [Sea Breeze Dandelion]
- Ningguang [Orchid’s Evening Gown]
- Barbara [Summertime Sparkle]
- Kaeya [Sailwind Shadow]
- Lisa [A Sobriquet Under Shade]
- Fischl [Ein Immernachtstraum]
Bercerita tentang Genshin Impact, kemas kini versi 4.5 akan tersedia pada 13 Mac ini. Anda akan boleh mendapatkan Chiori melalui banner baharu. Terdapat juga senjata pedang baharu yang anda boleh dapatkan. Bukan setakat itu sahaja, ada pelbagai acara yang akan berlaku termasuklah acara yang melibatkan banyak kucing comel! Anda boleh baca liputan penuh di sini.
Jadi anda yang ingin mendapatkan bundle ini, bolehlah singgah ke kedai untuk mendapatkannya pada 10 April nanti! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post