Play For Dream Technology, sebuah syarikat teknologi hiburan spatial yang diasaskan di Shanghai, hari ini mengumumkan kemasukan pasarannya ke rantau Asia-Pasifik dengan penubuhan ibu pejabat baharu di Singapura. Untuk menandakan kejayaan ini, Play For Dream Technology telah melancarkan headset mixed reality (MR) berasaskan Android pertama di dunia, “Play For Dream MR“, yang bakal dilancarkan tahun ini di Malaysia.

Huang Feng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Play For Dream Technology, berkata:
Play For Dream Technology komited untuk memperbaharui cara semua orang memperoleh maklumat. Dengan memberi tumpuan kepada penyampaian pengalaman yang luar biasa, kami membawa dimensi hiburan spatial baharu kepada pengguna di rantau Asia Pasifik.
Singapura adalah salah satu bandar paling inovatif di dunia dan hab pilihan bagi banyak syarikat teknologi canggih. Kami berharap untuk memulakan pengembangan global dari sini dan mempengaruhi rantau Asia Pasifik. Rantau ini mempunyai penduduk digital terbesar dan termuda di dunia, menjadikannya titik permulaan yang kritikal untuk strategi global kami sambil membuka lembaran baharu untuk jenama kami.”
Spesifikasi Umum

Play For Dream MR ingin melangkaui sempadan TV, teater, komputer, konsol gaming , VR dan kamera 3D, dengan menyepadukan ciri terbaik setiap platform hiburan ke dalam satu peranti.
Seperti yang dijelaskan tadi, ini ialah headset mixed reality (MR) yang bertujuan untuk menetapkan standard baharu dalam hiburan spatial. Menampilkan spesifikasi peneraju industri, seni bina algoritma berkuasa yang dibangunkan sendiri, dan estetik reka bentuk, ia adalah gabungan dunia digital dan sebenar, untuk menyampaikan hiburan spatial melalui gaming MR, dan videografi/fotografi spatial 3D yang menakjubkan.

Dilengkapi dengan skrin 8K Micro-OLED dan solusi optik Pancake resin ultra-ringan, Play For Dream MR memberi 27 juta piksel pada 3882 PPI, dengan 45 PPD di tengah. Dikuasakan oleh platform Qualcomm Snapdragon XR2+ Gen 2, Play For Dream MR memastikan prestasi tinggi untuk pengalaman MR yang lancar dan realistik.
Termasuk susunan kamera dan sensor canggih, ia memiliki 11 kamera berprestasi tinggi, 7 jenis sensor dan 22 LED inframerah, untuk memberikan penjejakan yang tepat dan cekap dengan latency VST serendah 14ms sambil membolehkan pengguna mengalami tahap pengkomputeran spatial yang seterusnya.

Dibangunkan khas dengan kerjasama IMAX dan DTS, Play For Dream ingin memberikan gambar dan bunyi tahap IMAX kepada mereka yang menggunakan peranti itu. Diperakui DTS:X Ultra, peranti dilaporkan boleh meningkatkan pengalaman merentasi pelbagai senario melalui berbilang efek bunyi spatial yang dikuasakan oleh DTS.
Apabila mengaktifkan “theater mode”, skrin akan berkembang kepada lebih 1000 inci, lalu mensimulasikan pengalaman 7.1 saluran dengan bunyi keliling 360°, untuk menyelubungi pengguna dan mewujudkan perasaan seperti kita sebahagian daripada adegan.

Dengan maklum balas kawalan responsif dan video serta audio yang disatukan, Play For Dream MR menawarkan pengalaman gaming yang lebih mengasyikkan. Ia menyediakan interaksi langsung untuk setiap jenis game, bersama dengan controller bebas halo 6DoF yang dibangunkan sendiri. Serasi dengan game MR, game VR dan game 2D jenis skrin besar, ia membuka pelbagai variasi kandungan luas.
Dilengkapi dengan 16GB RAM dan sehingga 1TB kapasiti storan, digabungkan dengan teknologi memori LPDDR5X, peranti ini dengan mudah dapat mengendalikan game yang paling mencabar, filem definisi tinggi dan imej 3D memori tinggi.

Bukan sekadar gaming, Play For Dream MR juga merevolusikan produktiviti dengan fungsi multiscreen spatial. Dengan lebih daripada lima skrin spatial, multitasking lebih lancar berbanding PC tradisional.
Ke bahagian kamera, peranti dilengkapi dua kamera 3D definisi ultra-tinggi 32MP, yang menawarkan pandangan luas melebihi 80°. Kamera juga disokong oleh penstabilan video 3D stereo EIS untuk rakaman lancar. Selain itu, peranti ini cemerlang dalam merakam video 3D melalui video spatial dan format VR180.

Di dalam, peranti disokong oleh pembantu AI Xiao Hu, yang bantu mengendalikan carian, muzik, terjemahan, dan pelbagai tugas lain menggunakan kawalan suara. Tambahan AI lain termasuk ciri yang membolehkan penukaran gambar 2D kepada model 3D, bersama-sama dengan keupayaan pengesanan objek.
Akhir sekali, Play For Dream MR hanya berukuran 33mm, yang memberi pemakaian seimbang dan bebas tekanan. Ia dilengkapi dengan pilihan power bank external , jadi anda tidak perlu bimbang tentang jangka hayat bateri dan boleh menggunakan peranti tanpa gangguan.

Sebagai komputer spatial android pertama di dunia, syarikat menjalinkan kerjasama dengan hampir 100 pembekal kandungan (CP) merentasi pelbagai negara dan wilayah di seluruh dunia. Pada masa ini, peranti menawarkan lebih 300 aplikasi, dan akan menambahkan lebih banyak aplikasi dengan kerap pada masa hadapan.
Berikut adalah rupa produk yang ditangkap di acara:
Harga dan Ketersediaan
Play For Dream MR akan tersedia di Singapura dan Malaysia pada Oktober 2024, tetapi malangnya, nilaiharga akan diumumkan pada hari kemudian. Ini akan diikuti dengan pelancaran di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Jepun, yang dirancang pada 2025.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post