Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PL2025] APAC Predator League 2025 Dota 2: Group Stage Berakhir, Malaysia Mara Ke Grand Final!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, PL2025
0 0
0
[PL2025] APAC Predator League 2025 Dota 2: Group Stage Berakhir, Malaysia Mara Ke Grand Final!
Share on FacebookShare on Twitter

APAC Predator League 2025 DOTA 2 Group Stage telah berakhir dengan penuh aksi! Tahniah kepada MAG (Myth Avenue Gaming), Ivory, 123 Gaming, dan Helios Team kerana mendominasi kumpulan masing-masing dan berjaya melayakkan diri ke acara utama. Keempat-empat pasukan ini kini bersedia untuk berentap di Grand Final, di mana Predator Shield menanti.

Sebagai recap, Group Stage menyaksikan 12 pasukan elit dari seluruh APAC berentap dalam format round-robin yang sengit, di mana setiap perlawanan dijalankan dalam format best-of-one. Hanya pasukan terbaik dari setiap kumpulan mara ke peringkat playoff, manakala lapan pasukan lain terpaksa mengucapkan selamat tinggal walaupun memberikan saingan yang hebat.

Setiap pasukan pemenang menonjol dengan persembahan yang cemerlang, mara tanpa tewas walau satu perlawanan. Berikut adalah keputusan setiap kumpulan:

Kumpulan A

  1. Ivory (Filipina) – 2-0
  2. Whoops! – 1-1
  3. Sentry Symphony Esports – 0-2

Kumpulan B

  1. 123 Gaming (Mongolia) – 2-0
  2. Execration – 1-1
  3. REJECT May – 0-2

Kumpulan C

  1. Helios Team (Indonesia) – 2-0
  2. ToLight Team – 1-1
  3. TK Esports – 0-2

Kumpulan D

  1. Myth Avenue Gaming (Malaysia) – 2-0
  2. Caterpillar – 1-1
  3. Rogue Squad – 0-2

Selain itu, jangan lupa untuk mengundi INTEL All-Star MVP untuk memilih pemain Dota 2 terbaik dalam kejohanan. Undian sebenarnya dibuka sejak 7 Januari—jadi undi sekarang melalui SINI atau imbas kod QR semasa siaran langsung. Anda berpeluang memenangi rantai kunci eksklusif Predator dan Xbox PC Game Pass sambil menyokong pemain kegemaran anda!

Bukan Sekadar Acara Gaming

Predator League bukan sahaja tentang gaming—ia adalah satu perayaan penuh budaya! Pengunjung boleh menikmati:

  • Persembahan Langsung: Artis antarabangsa seperti Minzy dan Sandara Park (2NE1), serta bintang tempatan Aina Abdul, Hael Husaini, dan kumpulan gadis Filipina G22.
  • Pertandingan Cosplay: Dengan jumlah hadiah wang sebanyak RM25,000 untuk direbut.
  • Aktiviti Interaktif: Terokai zon gaming dan pameran produk Acer.

APAC Predator League 2025 Dota 2 Grand Final semakin hampir! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan semua aksi pada 11–12 Januari di MITEC, Kuala Lumpur. Siapakah yang akan muncul juara dan merebut Predator Shield? Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: APAC Predator League 2025Dota 2
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Freedom Wars Remastered – Tidak Lagi Digari, Berjuang Demi Kebebasan Lagi!

Next Post

Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1 Kini Ditayangkan Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1 Kini Ditayangkan Di Malaysia!

Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1 Kini Ditayangkan Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd