Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Petua-petua penting untuk memudahkan pengalaman Final Fantasy VII Remake anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 10, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PS4, Tips & Trick
0 0
0
Petua-petua penting untuk memudahkan pengalaman Final Fantasy VII Remake anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Final Fantasy VII Remake adalah hasil usaha bertahun-tahun daripada Square Enix. Selepas mengusik peminat dengan pengumuman rework untuk game terkenal ini pada 2011, Final Fantasy VII akhirnya kembali tetapi dalam versi yang lebih moden. Mereka yang ingin mencari memori nostalgia pasti akan mendapat satu, tetapi ini bukan game yang sama dari lebih 20 tahun yang lalu. Seperti namanya, ini adalah REMAKE, bukan remaster. Oleh itu, terdapat banyak perkara baru untuk belajar. Saya di sini akan membantu dalam perjalanan anda untuk menjadi wira paling hebat di dunia Final Fantasy VII Remake! Ayuh kita mulakan.

Manfaatkan ciri SWAPPING untuk mengatur serangan anda!

Sekiranya watak yang anda kawal berada dalam animasi yang panjang (seperti sedang Limit Break atau abiliti), lebih baik anda bertukar (swap) ke watak lain dan menyerang musuh memakai pukulan biasa. Ini boleh membina ATB dengan lebih cepat. “Swapping” juga boleh digunakan untuk merancang serangan taktikal berdasarkan abiliti “ATB gauge” untuk memberi nilai damage yang lebih besar. Selain itu, “Swapping” akan menukar fokus AI musuh. Musuh boleh tumpu perhatian kepada watak-watak lain sambil watak yang kita kawal boleh melakukan serangan. Hati-hati kerana ia kadang-kadang tidak berfungsi pada BOSS. Satu info penting ialah level maksimum untuk setiap watak adalah 50.

Lakukan COMBO tanpa had dengan “CANCEL”!

Satu lagi tips menarik ialah apabila menggunakan abiliti semasa serangan biasa, ia akan membatalkan serangan biasa tersebut untuk melaksanakan abiliti. Ini termasuk serangan yang unik. Bagi Tifa, serangan Whirling Uppercut (sama seperti Shoryuken) boleh dibatalkan tanpa perlu menunggu dia jatuh ke tanah.

Mudahkan setiap pertarungan dengan Arcane Ward!

Sentiasa gunakan Arcane Ward untuk semua watak agar anda dapat membunuh BOSS yang lemah kepada elemen tertentu untuk menang pertarungan dengan lebih cepat. Bagi mereka yang tidak tahu, Arcane Ward membenarkan mana-mana watak untuk “Double Cast” selagi watak tersebut berada di dalam lingkungan ward.

Sentiasa pulihkan nyawa sebelum memecahkan kotak Shinra!

Kotak Shinra akan berselerak di seluruh dunia FFVIIR, dan ia sering mengandungi barang-barang berguna dan Mako Shard, yang dapat memulihkan MP parti anda. Untuk mengambil kesempatan kelebihan ini, amat disarankan untuk anda pulihkan nyawa dahulu sebelum menghancurkannya.

Dapatkan Healing Materia dan melengkapkannya kepada semua orang!

Mana-mana ahli parti yang dilengkapi dengan Healing Materia akan secara automatik menyembuhkan HP sesiapa yang hampir mati. Ini sangat berguna kerana ahli parti dalam Final Fantasy VII Remake tidak akan memulihkan HP melainkan jika anda mengarahkan, jadi ini boleh menjimatkan banyak masa dan tidak membuat anda serabut.

Utamakan slot Materia untuk Weapon Upgrade dahulu!

Sentiasa buka slot Materia untuk Weapon Upgrade terlebih dahulu, supaya anda dapat membuka lebih banyak Materia dengan lebih cepat. Apabila memperoleh senjata baru atau selepas meningkatkan tahap senjata, anda akan mendapat SP . Salah satu perkara yang paling penting untuk “membeli” dahulu apabila membelanjakan SP adalah slot Materia baru. BUFF lain seperti damage tambahan, magic damage dan HP amat penting, tetapi slot materia juga boleh memberikan BUFF. Bagi saya, ini memberi kelebihan yang lebih tinggi.

Dapatkan semua senjata! Jangan kedekut duit!

Terdapat 4 watak (Cloud, Barret, Tifa, Aerith) dan 6 senjata bagi setiap watak. Lebih banyak senjata anda perolehi bermaksud lebih banyak abiliti untuk dipelajari. Jika anda mendapat pilihan untuk membeli senjata dengan apa-apa jenis sumber (seperti Gil atau Moogle Tag), terus beli. Tidak perlu simpan duit. Selain itu, beberapa senjata boleh diperolehi dalam jalan cerita secara automatik manakala ada yang boleh dijumpai dalam peti ungu.

Tingkatkan Limit Break di Colosseum!

Setiap watak mempunyai dua Limit Break. Selepas anda bertarung dalam arena Don Corneo di Wall Market, turun balik menggunakan lif dan bercakap dengan penganjur di sana. Anda akan diberi beberapa cabaran, dengan hadiah yang disenaraikan sebagai “Legacy“, “Ascension“, “Dolphin Flurry” dan lain-lain. Ini sebenarnya adalah Limit Break kedua untuk watak-watak anda. Anda hanya perlu menyelesaikan misi yang diberi untuk memperolehi setiap Limit Break tersebut.

Lokasi setiap Summon!

Setiap ahli parti mendapat satu “slot Summon” yang diletakkan di sebelah kanan grid materia. Pastikan anda melengkapi setiap ahli dengan Summon Materia. Ini membenarkan anda untuk menyeru Summon pilihan selepas kelemahan dikenalpasti.

Untuk Summon, anda perlu berada dalam pertarungan tertentu (biasanya pertarungan BOSS), di mana Summon Bar akan muncul di skrin secara automatik. Selepas Summon Bar selesai mengira, salah satu ahli parti boleh menggunakan Action Bar untuk menyeru Summon yang telah dilengkapi. Summon akan berjalan di sekitar medan pertempuran dan menyerang musuh. Apabila durasi Summon habis (atau pemiliknya mati), ia akan melaksanakan serangan istimewa.

Anda juga boleh menghabiskan Action Bar untuk menggunakan abiliti daripada Summon. Ini amat berguna jika anda menggunakan abiliti spesifik yang bos tersebut lemah, kerana abiliti Summon tidak membelanjakan sebarang MP.

Ifrit

Ifrit adalah salah satu Summon yang paling ditunggu-tunggu di Final Fantasy VII Remake. Anda akan membuka Ifrit secara automatik pada awal permainan. Sebaik sahaja anda capai Chapter 4, Jesse akan menghadiahkan Summon Materia sebagai Tutorial.

Chocobo & Moogle

*mudah terlepas pandang*

Chocobo & Moogle adalah Summon optional pertama anda. Maju sehinga Chapter 6 sehingga anda sampai level di mana anda harus mematikan lampu untuk menghidupkan lif. Setelah mematikan lampu ketiga, anda mempunyai pilihan untuk menuju ke objektif utama dan meneruskan jalan cerita. Jangan buat itu dahulu! Sebaliknya, jalan terus melepasi marker ke lif. Ia akan membawa anda ke bilik sistem pengudaraan, di mana anda harus mematikan kipas. Sebaik sahaja menekan butang, anda akan mempunyai satu minit untuk menewaskan dua Sentry Ray dan satu Queen Grashtrike. Selepas meyelesaikan cabaran ini, anda perlu pergi ke konsol di sebelah kanan dan tekan butang untuk mengakhiri pemasa. Dari sana, anda boleh memasuki pintu dan mendapatkan Summon Materia Chocobo dan Moogle.

Shiva

Anda boleh mendapatkan Shiva semasa Chapter 8 selepas sampai hub Sector 5. Bermula sini, Chadley akan menawarkan “misi” secara berkala untuk membuka Materia baru, dan yang pertama adalah pertarungan bos dengan Shiva. Menang pertarungan ini dan anda akan mendapat Summon Materia Shiva.

Fat Chocobo

Summon Materia Fat Chocobo boleh diperoleh di Chapter 9 dengan cara yang sama seperti Shiva: menerusi misi. Hanya pergi ke Wall Market dan bercakap dengan Chadley. Anda akan mendapat misi baru. Bertarung dengan Fat Chocobo dan menang untuk menggunakannya sebagai Summon.

Leviathan

 

Pada hujung permainan, anda akan membuka cabaran Chadley bagi mendapatkan Leviathan sebagai “Challenge 15“. Sama seperti di atas, tewaskannya dan anda boleh serta merta memakai Leviathan.

Bahamut

Bahamut akan tiba secara automatik sebagai Intel Challenge 20: setelah anda menyelesaikan semua report lain dalam permainan. Selepas membuka Bahamut, bertarung dengannya untuk dapatkan Summon Materia dia. Bahamut pun mudah terlepas pandang, jadi jangan terlepas peluang untuk dapatkannya.

Itu sahaja daripada saya buat masa ini. Jika anda inginkan tips lain, mari kongsi pendapat anda di ruang komen. Selain itu, ingin tahu apa pendapat kami tentang Final Fantasy VII Remake? Jom baca ulasan kami di sini. Selamat bertarung!

 

Muat turun di sini!
Final Fantasy 7 Remake
Developer: Square Enix
Release Date: 2020-04-10
PlayStation 4
Ambil perjalanan kembali ke 1997 tetapi kali ini berbeza dengan semua peningkatan baru dan menakjubkan dari versi REMAKE!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fakta & triviafinal fantasyFinal Fantasy 7 Remakefinal fantasy vii remakePetuatips
Previous Post

Main PERCUMA THE CREW 2 hujung Minggu ini sehingga 13 April 2020!

Next Post

HARD MODE dah dibuka dalam Final Fantasy VII Remake? Sini kami kongsikan Tips untuk mod ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
HARD MODE dah dibuka dalam Final Fantasy VII Remake? Sini kami kongsikan Tips untuk mod ini!

HARD MODE dah dibuka dalam Final Fantasy VII Remake? Sini kami kongsikan Tips untuk mod ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd