Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peta baru Among Us diumumkan! Dikatakan sebagai peta paling besar dalam permainan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 19, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Peta baru Among Us diumumkan! Dikatakan sebagai peta paling besar dalam permainan!
Share on FacebookShare on Twitter

Among Us telah memberi pandangan pertama kami untuk peta baru permainan, yang menurut pemaju Inner Sloth, akan menjadi peta terbesar setakat ini. Maklumat tentang peta ini masih sedikit, tetapi akaun Twitter rasmi memberitahu bahawa lebih banyak info tentang permainan akan ditonjolkan di The Game Awards 2020, yang akan keluar pada 10 Disember. Meskipun tidak dikeluarkan tahun ini, Among Us menerima dua pencalonan iaitu: Best Multiplayer dan Best Mobile Game. Saya sendiri tidak terkejut apabila melihat Inner Sloth bekerjasama dengan Geoff Keighley untuk acara besar mereka nanti.

Seperti yang saya kata di atas, di sinilah maklumat berakhir. Masih tidak ada berita tentang nama rasmi peta, bila ia akan dilancarkan, dan jika ia akan memperkenalkan sesuatu yang baru untuk permainan. Yang saya tahu ialah ia akan menjadi peta terbesar dalam permainan, walaupun tidak jelas berapa besar peta tersebut berbanding Polus (peta terbesar dalam permainan buat masa ini).

Hungry for more? Keep an eye out for @thegameawards on Dec 10 👀 It's getting reaaaaal suspicious over there.

— Among Us (@AmongUsGame) November 18, 2020

Di atas, anda boleh melihat imej untuk peta baru berdasarkan akaun Twitter rasmi mereka. Seperti yang dilihat, ia masih akan bertemakan kapal angkasa, dan nampaknya akan mempunyai reka bentuk yang terang dan moden.

Buat masa ini, itu sahaja yang dinyatakan oleh pemaju Inner Sloth. Namun, jika ia berubah, saya pasti akan mengemas kini artikel dengan lebih banyak maklumat. Walaupun begitu, kita perlu menunggu hingga The Game Awards 2020 pada 10 Disember untuk belajar lebih lagi tentang peta baru, yang mungkin akan dikeluarkan secara diam-diam semasa acara.

Among Us kini boleh didapati melalui PC dan mobile.

Muat turun di sini
Among Us
Publisher: Innersloth
Developer: Innersloth
Release Date TBC
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S
Main dalam talian atau melalui WiFi tempatan dengan 4-10 pemain semasa anda berusaha menyiapkan kapal angkasa untuk berlepas, tetapi berhati-hatilah kerana seseorang menjadi penyamar yang berusaha membunuh semua orang! Nikmati cross-play antara PC, Android dan iOS!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Among UsInner SlothMobilePCpeta baruThe Game Awards 2020
Previous Post

Lemon Sky Studio melangkah masuk ke generasi konsol baru bersama pelancaran tiga permainan PS5 baru!

Next Post

Resurgence mengumumkan Rebranding, Projek Pendapatan Three-fold Revenue dan Meraikan Tiga Tahun Pertumbuhan Esports

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Resurgence mengumumkan Rebranding, Projek Pendapatan Three-fold Revenue dan Meraikan Tiga Tahun Pertumbuhan Esports

Resurgence mengumumkan Rebranding, Projek Pendapatan Three-fold Revenue dan Meraikan Tiga Tahun Pertumbuhan Esports

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd