Sejak Elon Musk membeli platform media sosial Twitter, banyak betul masalah yang berlaku pada platform tersebut. Kejadian baru-baru ini telah membuatkan ramai pengguna Twitter tidak berpuas hati kerana ia membataskan aktiviti sosial di platform tersebut. Melihat isu yang timbul, Meta nampaknya mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan platform sosial, “Threads” yang kelihatan seperti Twitter. Jom kita lihat lebih lanjut mengenainya.

Melalui App Store, Threads diperkenalkan sebagai aplikasi di mana komuniti berjumpa dan menceritakan pelbagai topik harian. Tidak kiralah apa yang diminati, pengguna boleh ikuti pencipta kandungan kegemaran dan orang lain yang mempunyai minat yang sama — boleh sahaja pengguna bina pengikut tersendiri untuk mengongsikan idea, cadangan dan kreativiti pada seluruh dunia.

Dilaporkan bahawa Threads memerlukan penggunanya untuk menggunakan akaun Instagram untuk log masuk ke platform baharu itu. Bukan setakat itu sahaja, senarai akaun follower dan following anda boleh dibawa ke aplikasi baharu ini.
Jika dilihat pada gambar yang dimuat naik, rupa bentuk Threads kelihatan seperti gabungan Twitter dan Instagram. Pengguna juga boleh menetapkan tontonan untuk siaran masing-masing, ciri yang sama terdapat dalam Facebook dan Instagram.

Buat sementara ini, aplikasi Threads masih belum dilancarkan, tetapi dikhabarkan ia akan dilancarkan pada iOS dan Android pada 6 Julai ini. Kami pasti ramai yang ingin cuba dahulu platform tersebut sebelum berpindah daripada Twitter. Jadi kita tunggu sahaja apabila Threads dilancarkan secara rasmi esok.
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post