Di acara gamescom asia 2022 hari ini, kami telah menghadiri pembentangan “A Look 20 Years Ahead: Game Development 2042” oleh Tim Fields, Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar Perjudian Digital Wizard of the Coast. Secara khususnya, pembentangan ini memfokuskan pada perubahan dan kemajuan industri gaming/permainan video dalam jangka 20 tahun (tahun 2042) akan datang dan bersamanya, terdapat banyak maklumat menarik.

Menurut Fields, terdapat 5 perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh pemaju game, sambil melihat perkembangan industri gaming dalam tempoh masa 20 tahun akan datang. 5 perkara utama tersebut adalah:
- Kemajuan perkakasan dalam kuasa CPU, kuasa bateri dan kebolehcapaian input
- Pembelajaran mesin & autonomi yang meluas didorong oleh peningkatan besar dalam data
- Rangkaian data kapasiti tinggi berkelajuan tinggi yang semakin banyak
- Kesan rangkaian sosial dan hubungan manusia
- Demografi dan peningkatan jumlah masa lapang yang tersedia untuk manusia

Memandangkan kuasa komputer semakin meningkat secara drastik, Fields memberi andai bahawa jenis kuasa pemprosesan gaming pada tahun 2042 secara literal adalah sejuta kali lebih berkuasa daripada sekarang, hingga membuatkan game seperti Red Dead Redemption 2 nampak “basic”. Bersama jangka hayat bateri yang lebih tinggi, orang ramai boleh bermain game di mana sahaja mereka mahu.
Seterusnya, dia memberi contoh tentang AI yang digunakan untuk melakukan temu bual bersama Steve Job beberapa hari yang lalu. Jika ini digunakan dalam permainan video, kesannya pasti akan menjadi lebih baik terutamanya untuk watak AI.

Salah satu perkara penting yang disebutkan di atas ialah demografi dan perubahan jumlah masa lapang masyarakat/netizen. Orang ramai kini mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding dengan manusia dari 200 tahun yang lalu, dan ini akan terus meningkat pada masa hadapan.
Memandangkan populasi akan sentiasa meningkat, masa lapang yang tersedia juga akan meningkat sekali, di mana jumlah masa yang besar akan dihabiskan dalam aktiviti gaming. Menjelang tahun 2042, bilangan gamer “sepatutnya akan mencecah 4.5 bilion” (lebih separuh daripada populasi semasa planet Bumi).
Adakah ini benar-benar akan terjadi? Kita lihat sekali dengan peredaran masa. Untuk membaca segala liputan kami tentang gamescom asia 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post