Reveal trailer terbaru Borderlands 3 telah memberikan perincian baru kepada kita dimana, ianya bakal menampilkan lebih 1 billion senjata untuk diburu oleh pemain.
Salah satu ciri unik dalam Borderlands adalah; loot adalah dikongsi oleh semua pemain. Dalam erti kata lain, satu senjata drop hanya akan diperolehi oleh seorang pemain. Ini berkemungkinan menyebabkan pemain cuba mendapatkan loot pemain lain, oleh kerana senjata memang telah sedia ada banyak dalam permainan ini. Walaubagaimanapun, Gearbox akan membuat satu perubahan dalam sistem loot Borderlands 3.
Terdapat satu posting di Playstation Blog yang memberikan penerangan berkenaan perubahan ini. Dalam Borderlands 3, loot bakal diperolehi oleh pemain-pemain dan ianya tidak akan dikongsi dengan semua orang dalam permainan. Ini juga bermakna pemain tidak boleh mencuri loot pemain lain. Tetapi sekiranya ada yang inginkan sistem loot sharing seperti sebelumnya, ianya boleh ditentukan dalam tetapan permainan ini.
Selain itu, posting tersebut juga memberi sedikit penerangan berkenaan antagonis utama Borderlands 3 iaitu Calypso twins. Mereka ini dikatakan mahu mencuba untuk menyatukan semua clan bandit dalam usaha untuk mencari senjata paling berkuasa di seluruh galaksi. Pemain bakal menggunakan berbagai jenis senjata dalam permainan di samping skill unik Vault Hunter mereka untuk mengalahkan kembar jahat ini.
Dan seperti biasa, Borderlands 3 bakal menampilkan banyak senjata legendary yang unik.
Diharapkan Borderlands 3 dapat memberikan banyak loot untuk pemainnya, dan perubahan baru sistem loot ini bakal menyemarakkan lagi co-op. Game ini bakal menemui kita semua pada 13 September nanti untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.
Sumber: gamerant.com
https://www.youtube.com/watch?v=JiEu23G4onM
@gamersantaimy
Discussion about this post