Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona Theory Games Dituduh Gangguan Seksual & Bersifat Toksik Di Studio

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Tempatan
0 0
0
Persona Theory Games Dituduh Gangguan Seksual & Bersifat Toksik Di Studio
Share on FacebookShare on Twitter

Persona Theory Games, sebuah game studio dari Malaysia, telah dituduh melakukan gangguan seksual dan bersifat toksik di tempat kerja.

Tuduhan itu dibuat selepas pengasas bersama studio Saqina Latif dinobatkan sebagai salah satu daripada 50 individu untuk program The Game Awards “Future Class” 2023. Kembali ke topik utama, tududah ini dibuat di X oleh @JLicious, yang mengatakan bahawa gangguan dan salah laku disasarkan kepada seorang pelajar praktikal yang pernah bekerja di studio sebelum ini.

Saqina's game studio, Persona Theory Games, has been accused of sexual harassment, covering up said incidents, and other workplace misconduct.
She should not represent the Malaysian game industry on the future of inclusivity.
TGA should conduct investigation on their nominees. https://t.co/JMWg2BZDy6 pic.twitter.com/zeDVU0GT8U

— 🌈🍉JLicious (@JL_icious) December 8, 2023

Dalam bebenang Reddit pada empat bulan lepas mengenai industri permainan video Malaysia, seorang pengguna Reddit menceritakan tentang pengalaman mereka bekerja di Persona Theory Games, dan menjelaskan pelbagai insiden yang dihadapi.

Orang itu memberitahu bahawa mereka telah diganggu secara seksual dan telah melaporkannya kepada penyelia, tetapi tiada tindakan telah dibuat.

Pengguna lain dalam bebenang yang sama turut berkongsi pengalaman mereka bekerja di studio itu, dan menyatakan bahawa “sejumlah gangguan”, “mesej panjang berbaur ugutan di Discord pada pukul 2 pagi”, dan “mesyuarat panjang sia-sia tanpa apa-apa hasil kerana seorang ketua lelaki mahu melakukan projek menggunakan caranya walaupun sentiasa meminta maklum balas dan sumbangan daripada staf lain.”

Seorang lagi pengguna Twitter juga bercakap tentang pengalaman mereka di Persona Theory Games berikutan tuduhan itu.

Personally can confirm this did happen and have been a victim myself. I've ignored a lot of it and focused on my work. Been unsure with how I really felt but the last straw for me was when talented artists I worked with start to leave because of how uncomfortable the work got. https://t.co/AC5mRpVNas

— Mice 🦀 (@micehellwd) December 9, 2023

Rakan kami, Gamerbraves telah menghubungi Persona Theory Games pada 15 Ogos 2023 berkenaan isu ini di mana mereka memberitahu bahawa orang yang disyaki telah meletak jawatan dan tidak bekerja di syarikat itu sejak beberapa bulan lalu. Saya akan mengemas kini artikel ini sekiranya apa-apa maklumat baru ditemui.

Persona Theory Games memfokuskan pada game indie jenis naratif indie dengan misi untuk menceritakan kisah-kisah menarik daripada Asia Tenggara melalui pengalaman interaktif. Antara game mereka yangterkenal termasuk Sara is Missing, Fires at Midnight dan Kabaret.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Persona Theory Gamestempatan
ShareTweetSend
Previous Post

Game Hogwarts Legacy & Anime Oshi no Ko Paling Banyak Dicari Melalui Google Sepanjang 2023!

Next Post

Super Mario RPG Review — Kelihatan Sama Tetapi Hadir Dengan Penambahan Moden!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Super Mario RPG Review — Kelihatan Sama Tetapi Hadir Dengan Penambahan Moden!

Super Mario RPG Review -- Kelihatan Sama Tetapi Hadir Dengan Penambahan Moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd