Game fighting yang mempamerkan watak-watak Persona telah dilancarkan! Persona 4 Arena Ultimax (P4AU) tersedia di pelbagai platform seperti Nintendo Switch, PS4 dan Steam. Midnight Channel kini kembali dengan aksi yang lebih ganas. Berikut adalah trailer pelancaran untuk P4AU:
Lengkapkan koleksi Midnight Channel anda!
Steam menampilkan koleksi Midnight Channel, yang merangkumi Persona 4 Arena Ultimax dan Persona 4 Golden. Ianya akan tersedia dengan diskaun masa terhad dan peminat yang sudah memiliki P4G di Steam boleh menggunakan diskaun yang sama untuk P4AUuntuk melengkapkan koleksi Midnight Channel mereka.
Koleksi Midnight Channel -Edisi Deluxe juga tersedia, di mana ia mengandungi P4AU dan P4G- Digital Deluxe Edition dengan diskaun masa terhad yang sama.

Tentang Persona 4 Arena Ultimax
Alami entri terkini siri Persona 4 yang digemari dengan sentuhan pertarungan yang mendebarkan.
Sertai wira-wira ini, semasa mereka berlawan angkatan tentera Shadow di P-1 CLIMAX!

Ciri-ciri penting tersedia dalam P4AU:
- Ultimax Edition
- Mempunyai kesemua kandungan P4AU seperti watak, BGM dan pilihan penyesuaian termasuklah kisah Persona 4 Arena yang asal.
- Roster watak yang boleh dimainkan
- Watak Persona 3 yang digemari ramai dan versi “Shadow” memberikan pilihan pertarungan yang luas untuk pemain.
- Dual audio
- Pemain boleh memilih alih suara bahasa Jepun atau Inggeris.

Anda boleh lawati laman rasmi P4AU untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Anda juga boleh mendapatkan liputan lain mengenai siri Persona daripada kami melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post