Pada 10 Jun 2021 yang lalu, Clouded Leopard mengesahkan Monark akan hadir dalam bahasa Inggeris. Kini, NIS America mengesahkan bahawa pihaknya akan mengendalikan pelepasan permainan itu di seluruh dunia lalu mengumumkan Monark akan hadir ke Switch, PS4, PS5, dan PC pada “awal 2022.” Permainan itu juga akan mempunyai lakonan suara Inggeris dan Jepun. NIS America juga menayangkan trailer pengumuman dan membuka pra-pesanan untuk edisi terhad Monark.

Edisi terhad versi Inggeris Monark di NIS America Store dilengkapi dengan pelbagai bonus yang disediakan oleh syarikat tersebut. Edisi ini hanya tersedia untuk platform Switch, PS4, dan PS5. Pembeli akan mendapat CD soundtrack, art book “The Artwork of Monark”, dan cloth poster. Terdapat juga lima standee akrilik yang memaparkan beberapa watak utama. Harga untuk setiap satu edisi terhad Monark ini adalah $ 99.99 anggaran RM 417.

Seterusnya, inilah trailer Inggeris pertama yang telah dilepaskan oleh NIS America. Di dalam trailer ini, kita diperkenalkan dengan “sekolah” baru yang akan dihadiri semua orang. Kemudian, anda diperkenalkan dengan watak-watak yang akan berlawan di samping anda. Lagu tema permainan ini dimainkan sepanjang trailer sambil menunjukkan perkara-perkara yang akan berlaku di “sekolah” baru itu.
Monark akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan Nintendo Switch pada 14 Oktober 2021 di Jepun. NIS America mengesahkan ia akan hadir di ketiga platform dan PC melalui Steam pada tahun 2022. Pada masa ini Monark dirancang untuk pelepasan global “awal 2022”.
Tentang MONARK
Bolehkah anda menghadapi diri sendiri dan ancaman di sekitar anda untuk menyelamatkan orang yang disayangi? Shin Mikado Academy diliputi Mist yang menimbulkan kegilaan, dan hanya anda yang dapat menyelamatkan semua orang di dalamnya. Bangunkan Ego anda untuk memutuskan perjanjian yang ditetapkan oleh Pactbearers dan hapuskan Mist.

Monark merupakan JRPG yang ditunggu-tunggu oleh peminat kerana studio yang membangunkan permainan ini merupakan staf yang terlibat dalam pembangunan Shin Megami Tensei. Jadi kepada peminat JPRG, anda boleh wishlist Monark di Steam dengan menekan butang di bawah.
@gamersantaimy
Discussion about this post