Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perlawanan akhir Ragnarok MSP 2021 Championship bakal berlangsung 24 dan 25 Julai ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 22, 2021 - Updated on July 23, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Genre, Kejohanan esports, MMO, Online Game, PC, Platform, Real time strategy, Tempatan
0 0
0
Perlawanan akhir Ragnarok MSP 2021 Championship bakal berlangsung 24 dan 25 Julai ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Extreme hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal menganjurkan perlawanan akhir Ragnarok MSP 2021 Championship pada 24 dan 25 Julai tahun ini! Selepas penaklukan istana, Midgard meminta semangat kompetitif kepada mereka yang masih bertahan dalam peperangan. Mereka yang menduduki tempat pertama di setiap server sekali lagi akan bertarung di perlawanan akhir ini! Aturcara perlawanan bermula dengan Yggdrasil di hari pertama, dan Valhalla akan berlangsung di hari kedua.

Mengejar gelaran pertama di server bukanlah suatu pencapaian yang mudah kerana para finalis perlu menempuh pelbagai halangan dan lawan untuk mendapatkan mata tertinggi dalam War of Emperium. Pertarungan ini juga bakal menyaksikan ▪ 322 ▪ dipimpin oleh ³²²Antonet muncul di atas di Valhalla, sementara · S · O · P ·, dipegang  oleh · Boss · Dy · yang mendapat tempat teratas di Yggdrasil.

Walaupun ▪ 322 ▪ dan · S · O · P · telah berjaya menduduki tempat teratas, tetapi mereka tidak boleh terlalu senang kerana Guild 2 hingga 4 yang lain, iaitu Valiant, Imperial Regalia, Blitzkrieg, JOKER serta Nocturnal masih mempunyai peluang untuk memenangi dalam duel paling sengit tahun ini! Oleh itu,  jangkaan persaingan juga akan meningkat berbanding sebelum ini.

Mereka bukan sahaja akan memenangi gelaran juara, malah akan membawa pulang wang tunai sebanyak $1,600 (anggaran RM6759.68) menanti pemenang pertandingan. Tempat kedua akan membawa $800 (anggaran RM3379.84) sementara dua lagi persatuan akan menerima hadiah saguhati berjumlah $300 tunai (anggaran RM1267.44). Kesemua hadiah ini disertakan dengan wang in-game dan item-item mewah untuk semua pemain yang berentap di Ragnarok MSP 2021 Championship.

Ke semua peserta finalis sedang bersiap sedia untuk menuju ke pertempuran. Bagi mereka yang terlepas untuk menonton perlawanan sebelum ini, anda boleh lihat pertempuran mereka di laman Facebook rasmi Ragnarok Online MSP. Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang War of the 4 Pillars Finals dan menonton perlawan akhir Ragnarok MSP 2021 Championship secara stream langsung di laman rasmi Ragnarok MSP ini.

Muat turun di sini
Ragnarok Online
Publisher: Gravity Game Tech
Release Date: 2002-08-31
Microsoft Windows
Ragnarok Online adalah permainan main peranan dalam talian berbilang pemain yang dibuat oleh Gravity berdasarkan manhwa Ragnarok oleh Lee Myung-jin. Ia dilancarkan di Korea Selatan pada 31 Ogos 2002 untuk Microsoft Windows.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Electronic ExtremeRagnarok OnlineRagnarok Online MSP
Previous Post

Kolaborasi kedua LifeAfter x Ghost in the Shell dilancarkan hari ini!

Next Post

Aloy Horizon Zero Dawns nampaknya akan ke Genshin Impact!!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Aloy Horizon Zero Dawns nampaknya akan ke Genshin Impact!!

Aloy Horizon Zero Dawns nampaknya akan ke Genshin Impact!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd