Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perincian Pokemon Sleep Didedahkan, Pra-daftar Telah Dibuka!

Maira by Maira
July 6, 2023 - Updated on July 7, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Perincian Pokemon Sleep Didedahkan, Pra-daftar Telah Dibuka!

Kredit: The Pokemon Company

Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa bulan selepas Pokemon Direct, kita telah didedahkan dengan maklumat baharu mengenai Pokemon Sleep! Bukan setakat itu sahaja, kita juga mendapat jadual pelepasan untuk aplikasi tersebut!

Melalui video terbaharu mengenai Pokemon Sleep, kita didedahkan dengan matlamat utama game. Kalau dalam game Pokemon yang lain, anda perlu lengkapkan Poke Dex, tetapi berbeza dengan Pokemon Sleep, anda akan lengkapkan Sleep Style Dex. Setiap Pokemon mempunyai gaya mereka tersendiri.

Pengembaraan anda bermula di sebuah pulau kecil. Bersama-sama Snorlax yang turut tinggal di pulau tersebut dan Neroli, seorang profesor yang mengkaji tabiat tidur Pokemon. Anda akan menjalankan penyelidikan tentang cara tidur Pokémon.

Kredit: The Pokemon Company

Pada waktu siang, anda boleh beri makan kepada Snorlax anda dengan berry dan makanan lain untuk menambah baik kuasanya. Anda akan diberikan Sleep Score berpandukan berapa lama anda tidur, ditambah pula dengan waktu tidur Snorlax, ia akan menentukan Drowsy Power anda yang akan menarik Pokemon lain. Ia juga membantu Snorlax membesar dan lebih besar Pokemon tersebut, lebih banyak Pokemon yang anda dapat nanti.

Kredit: The Pokemon Company

Game juga akan merekod pelbagai elemen termasuklah apabila anda tidur, bangun malah rekod jika anda membuat bising semasa tidur. Terdapat tiga jenis gaya tidur dalam game ini iaitu Dozing, Snoozing dan Slumbering. Jenis tidur yang berbeza akan menentukan Pokemon mana yang anda akan jumpa.

Kredit: The Pokemon Company

Selain itu, ada tiga jenis kitaran untuk bermain iaitu:

  • Malam: Rekod tidur anda
  • Pagi: Selidik Pokemon yang hadir untuk lengkapkan Sleep Style Dex, dan berkawan dengan mereka
  • Tengah hari: Bantu tingkatkan kekuatan Snorlax untuk naikkan Drowsy Power menggunakan berry yang dikumpul oleh Pokemon lain.

Sebagai peringatan, kalau anda bermain game ini, jangan letak peranti anda di bawah bantal atau selimut kerana ia mungkin mengakibatkan overheat pada peranti. Kalau anda ingin mendapatkan keputusan yang baik, jangan letak peranti anda pada lantai sebaliknya letak sahaja di atas tilam anda.

Kredit: The Pokemon Company

Buat masa ini, pra-daftar untuk Pokemon Sleep tersedia untuk pengguna Android. Pengguna iOS perlu tunggu kemas kini lanjut nanti. Game ini dijadualkan untuk lancar pada penghujung Julai, jadi tidak lama lagi anda dapatlah mencubanya!

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pokemonPokemon Sleep
ShareTweetSend
Previous Post

[Review] SD Shin Kamen Rider Rumble – Gabungan Roguelike & Beat ‘um up yang mantap!

Next Post

Valak Kembali Dalam The Nun 2, Bakal Tayang pada 7 November 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Valak Kembali Dalam The Nun 2, Bakal Tayang pada 7 November 2023!

Valak Kembali Dalam The Nun 2, Bakal Tayang pada 7 November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd