Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pergi Comic Fiesta 2023? Jom Usya Jemputan & Persembahan Yang Bakal Meriahkan Acara!

Maira by Maira
December 21, 2023
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
Pergi Comic Fiesta 2023? Jom Usya Jemputan & Persembahan Yang Bakal Meriahkan Acara!
Share on FacebookShare on Twitter

Comic Fiesta 2023 sudah semakin hampir! Barisan tetamu khas dan jadual untuk panel-panel juga sudah diumumkan oleh pihak penganjur! Jom kita lihat beberapa sorotan yang akan berlaku semasa acara nanti.

Aki Hamazi — Mangaka Bocchi the Rock!

Pelukis manga Boochi the Rock akan hadir ke Comic Fiesta buat kali pertama! Anda berpeluang untuk mendapatkan tandatangannya semasa sesi temu mesra! Terdapat juga panel khas di mana Aki Hamazi akan menjawab beberapa soalan yang diberikan peminat!

Studio Trigger — Little Witch Academia, Live Drawing & QnA

Studio Trigger kembali ke Comic Fiesta untuk mengongsikan beberapa perkara mengenai ulang tahun ke-10 siri Little Witch Academia. Bukan setakat itu sahaja, akan ada live darawing dan sesi soal jawab bersama Yoshinari Yoh dan Naoko Tsutsumi, pengarah dan producer siri Little Witch Academia.

viv:ID Cruise hololive Meet Asia Tour & hololive Meet

Konsert pertama holoID di Malaysia! viv:ID CRUISE hololive Meet Asia Tour akan menampilkan Ayanda Risu, Moona Hoshinova, Pavolia Queen, dan Kobo Kanaeru untuk persembahan “All Aboard! viv:ID CRUISE ~Bokura ga kuru kara~”, ditulis dan dihasilkan oleh Eka Gustiwana.

Terdapat juga talk show yang menampilkan 2 tetamu hololive istimewa, Sakura Miko dan Hoshimachi Suisei sebelum bermulanya konsert itu!

Tidak dilupakan juga dengan hololive Meet yang membawakan empat artis hololive lain iaitu Yukoku Roberu dan Regis Altare daripada HOLOSTARS, Fuwawa Abyssgard dan Mococo Abyssgard daripada hololive English.

Persembahan solo 3D Liliana Vampaia

Vtuber tempatan kegemaran ramai, Liliana Vampaia sekali lagi hadir ke Comic Fiesta dengan rupa baharu! Ini akan menjadi kali pertama Lili muncul dengan rupa 3D. Jangan lupa untuk lihat persembahan solo 3D Liliana nanti!

ASCA x spira spica from SACRA MUSIC Live Stage in Malaysia!

Dibawakan oleh Japan Foundation Kuala Lumpur bersama-sama Kedutaan Jepun di Malaysia, ASCA dan spira spica daripada SACRA MUSIC akan membuat persembahan langsung di Malaysia buat kali pertama! Hanya mereka yang bertuah sahaja akan dapat melihat persembahan hebat ini!

Su Ling Chan – Stage & Meet n Greet

Pelakon suara tempatan yang kini terlibat dalam pelbagai projek hebat akan kembali untuk sesi panel di Comic Fiesta! Terdapat juga sesi temu mesra yang akan diadakan di boothnya!

Otome 101 bersama Hiroto Kuramasu

Ingin kenali dan ketahui sejarah di sebalik game Otome? Jangan lupa untuk ikuti sesi perkongsian oleh Hiroto Kuramasu, Producer untuk Ikemen Series English! Anda juga boleh lawati boothnya untuk membeli pelbagai merch daripada Ikemen Series!

Nak cuba Wotagei?

Anda pernah nampak penonton konsert menari dengan light stick mereka? Itulah Wotagei, satu tarian yang sering dipersembahkan semasa konsert yang melibatkan idol, J-Pop, J-Rock dan banyak lagi! Malaysia Wotagei Club akan perkenalkan lebih lanjut mengenainya dalam panel khas.

Pertandingan Cosplay

Ingin melihat persembahan hebat daripada cosplayer? Jangan terlepas untuk saksikan persembahan mereka melalui dua pertandingan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini!

  • 60 Seconds of Anything (Solo Cosplay Comp)
  • One-True-Pair (OTP)

Performance

Selain daripada konsert hololive dan SACRA MUSIC, beberapa artis rantau ini turut memeriahkan pentas Comic Fiesta 2023 dengan persembahan mereka!

  • Brightburn
  • DJ Yang2 & Hayate
  • Rina-Hime Band
  • Minri
  • Honey Milk
  • Amelia Khor
  • Espressound ft. community DJs

20th Comic Fiesta Museum

Jom kita imbau sejarah acara Comic Fiesta yang bermula secara kecil-kecilan dan kini menjadi salah satu acara ACG terbesar di Malaysia!

Pelbagai booth juga dibuka dengan jualan barangan seperti figura, patung, doujin, barang tokusatsu, Gundam dan banyak lagi merch lain. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan merch dan barangan eksklusif lain di Comic Fiesta 2023 nanti. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk dapatkan lebih banyak maklumat mengenai acara!

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CF2023Comic Fiesta 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel’s Spider-Man 2 Menang Besar Di Anugerah PS Blog Termasuk ‘Game Of The Year 2023’

Next Post

Kingston Lancar ‘Limited-Edition 2024 Mini Dragon USB Drive’ – Boleh Dapat Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kingston Lancar ‘Limited-Edition 2024 Mini Dragon USB Drive’ – Boleh Dapat Sekarang!

Kingston Lancar 'Limited-Edition 2024 Mini Dragon USB Drive' - Boleh Dapat Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd