Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pereka terkenal Super Robot Wars, Daisei Fujii meninggal dunia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, PS4, Real time strategy
0 0
0
Pereka terkenal Super Robot Wars, Daisei Fujii meninggal dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Produser francais permainan Super Robot Wars, Takanobu Terada, mengumumkan pada minggu lepas bahawa pereka veteran untuk francais, Daisei Fujii, telah meninggal dunia pada 12 Oktober. Sebab kematian tidak dinyatakan.

Fujii dilahirkan di wilayah Kanagawa, dan bekerja di sebuah syarikat reka bentuk mainan pada usia 21 tahun sebelum menjadi pereka bebas. Beliau mengkhususkan diri dalam ilustrasi watak SD, reka bentuk mecha asli, seni layar permainan, serta lakaran dan reka bentuk produk mainan.

Portofolio animasinya termasuk reka bentuk mekanikal dan reka bentuk dalam SD Gundam Force (gambar di atas), Super Robot Wars OG: Divine Wars, dan Super Robot Wars OG: The Inspector. Dia juga memberi sumbangan untuk pelbagai permainan video SD Gundam, permainan kad, dan mainan, serta ilustrasi untuk mainan Monster Hunter.

Terada menjelaskan bahawa dia dan Fujii pertama kali bekerjasama di Super Robot Wars II G untuk sistem Game Boy pada tahun 1995. Fujii mengendalikan ilustrasi pakej dan seni SD robot untuk permainan tersebut, dan terus bekerja di francais hingga tahun ini.

Dia mencipta visual utama untuk permainan terbaru, Super Robot Wars 30 (gambar di atas), serta visual utama SD untuk pameran Super Robot Wars OG (gambar di bawah). Beliau juga merupakan pelukis untuk visual utama bagi edisi standard Super Robot Wars V, Super Robot Wars X, dan Super Robot Wars T.

Fujii bukan sahaja terlibat dalam reka bentuk visual, tetapi juga seni konsep mecha yang digunakan dalam permainan, seperti Full Armor Hyaku Shiki Kai dan lain-lain dalam Super Robot Wars 30. Sumbangan reka bentuk mechanya termasuk musuh; mecha ori untuk protagonis dalam Super Robot Wars 64, Super Robot Wars A; dan “bos-bos terakhir” untuk Super Robot Wars R, Super Robot Wars D, dan sebagainya.

Terada menggambarkan Fujii bukan hanya sebagai “salah satu kekuatan kreatif di sebalik tabir permainan, malah juga seorang peminat tegar yang gemar memainkan entri terbaru apabila ia dilancarkan. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat menyelesaikan produksi untuk Super Robot Wars 30 selaku pereka permainan dan saya harap peminat turut mencuba game ini apabila ia dilancarkan secara rasmi.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga dan rakan kesayangan Daisei Fujii.

Sumber – Blog rasmi Super Robot Wars

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Daisei Fujiigundammechameninggal duniaSuper Robot Wars
Previous Post

Valve dedahkan beberapa gameplay untuk Steam Deck! Ada Witcher 3, DMC 5 dan banyak lagi!

Next Post

Apex Legends Mobile merancang untuk membawa kandungan Asia termasuk Bahasa Melayu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apex Legends Mobile merancang untuk membawa kandungan Asia termasuk Bahasa Melayu!

Apex Legends Mobile merancang untuk membawa kandungan Asia termasuk Bahasa Melayu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd