Selepas mengeluarkan movie terbaru M3GAN pada awal tahun lepas, Blumhouse Production kini melangkah masuk ke dalam dunia game bagi membangunkan dan menerbitkan sebuah game atas nama studio yang dipanggil Blumhouse Games.

Studio tersebut telah diketuai oleh Zach Wood sebagai Presiden dan Don Sechler sebagai Chief Financial Officer (CFO) kepada Blumhouse Games. Bagi mengekalkan bajet yang rendah (sekitar $10 Juta), mereka akan bekerjasama dengan game developer indie untuk membawa idea kreatif melalui game original yang bertemakan Horror bagi konsol, PC dan Mobile.
Setelah beberapa lama kami mencari untuk membina satu pasukan untuk mula mengakses peluang pertumbuhan dalam media interaktif. Apabila kami duduk dengan Zach dan Don mereka menyatakan pendekatan yang bergema dengan model Blumhouse dan kami tahu ia adalah tempat yang sesuai untuk kami memulakan usaha kami ke ruang interaktif.
Dengan pengalaman, kepekaan dan pengetahuan mereka tentang pasaran game, Zach dan Don adalah pemimpin yang ideal untuk memanfaatkan kekuatan genre unik Blumhouse ke dalam game.
Menurut Abhijay Prakash, Presiden Blumhouse

Kalau anda nak tahu, Blumhouse Production sangat terkenal dengan mengeluarkan filem-filem Horror seperi M3GAN, Five Nights at Freddy’s, Whiplash, The Black Phone, Vengeance, Halloween Ends, Split, Glass dan banyak lagi.
Tambah pula dengan pengalaman lebih 25 tahun Zach Wood, sudah pasti studio ini akan lebih berkembang dengan mengeluarkan produk yang berkualiti. Dia telah mengeluarkan lebih daripada 30 games merentasi pelbagai platform daripada Game Boy sehingga ke PlayStation 5 dan Xbox Series.
Apapun, peminat game horror pasti akan menantikan game apa yang dikeluarkan oleh Blumhouse Games nanti. Mari kita sama-sama nantikan.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post