Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perbandingan Fortnite Dan Juga PUBG

Silver Shroud by Silver Shroud
March 8, 2018
in Artikel, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Perbandingan Fortnite Dan Juga PUBG
Share on FacebookShare on Twitter

Kali ni bunyi macam serious sikit kan? Sebab banyak sangat perbalahan diantara pemain game Fortnite : Battle Royale dan juga PlayerUnknown’s Battleground ( PUBG ). Antara isu yang dibangkitkan, mana satu lagi bagus? Jadi, kali ni aku nak bincangkan perbandingan, so, korang boleh pilih ikut kemahuan dan juga cara permainan mana yang korang minat.

Untuk perbandingan aku yang pertama, mestilah pasal grafik dan siapa tiru siapa. Perbandingan ni sama je macam kes DOTA2 dan juga League of Legends dulu. Creator asal game PUBG ni asalnya buat Battle Royale Mod untuk game Arma. Dari situ, Brendan ” PlayerUnknown ” Greene mula develop H1Z1 : King of The Kill, yang menjadikan game ini premier sebelum kedatangan PUBG. so, siapa yang clone siapa ni?

Untuk grafik pulak, PUBG lebih kepada realistik army style tetapi Fortnite lebih kepada catoonish art style. Korang tahu tak yang sebenarnye, dua-dua game ni pakai engine yang sama which is Epic Unreal Engine 4. Cuma diaplikasikan kepada dua situasi yang berbeza. Sekurang-kurangnya, ada la persamaan.

Kalau dari segi konsep, influence PUBG terhadap Fortnite sangat lah jelas bila kau ada 60 saat utk warm up, 100 orang di masukkan ke dalam kapal terbang, di buang ke satu pulau yang isolated dan juga lain lain. Hurmm, sama kan? Senang cerita, game ni sama je, cuma, cara dipermainkan tu yang berbeza.

Rules of engagement dalam PUBG sangat lah terperinci, pergerakan musuh, spray pattern weapon, strategi untuk conceal diri dari, musuh. Secara umum, PUBG lebih kepada Army style, realistik dan juga slow-pace. PUBG merupakan satu game yang menceritakan tentang Precision. Setiap pergerakan di ambil kira, setiap bucu rumah perlu dilihat jika korang rasa nak hidup lama.

Untuk Fortnite : Battle Royale pulak, game dia merupakan satu game yang fast-pace. Juga, ada tarikan dia sendiri iaitu mekanik building kubu bila korang berada di tengah-tengah tanah lapang dan rasa macam tak selamat. Bagi aku, building mechanics Fortnite ni, senang untuk dipelajari, tapi susah untuk kuasai. Aiming pon merupakan satu cara untuk menang, mana-mana game menembak pon sama, cuma beza dari segi weapon recoil dan juga untuk fornite hanya ada Hip Fire dan tak ada iron sight kecuali untuk sniper rifle.

Untuk final circle, korang akan tengok, kebanyakan masa pemain Fortnite akan focus untuk membuat bangunan dan juga sedikit mind-games dari pemain. Sebab tu aku cakap mechanics building ni memang senang, tapi nak kuasai sampai kau boleh buat musuh tertipu dan kau boleh menang. Lain pulak untuk PUBG, dalam situasi 1 vs 1, pemain perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah dan strategi. Sebab, siapa kantoi, 50-50 untuk korang hidup atau mati sebab, masa itu, sangat berharap pada kepakaran korang pakai senjata tu.

Masih ada juga perbezaan yang sangat ketara kita boleh tengok, seperti pilihan peta, PUBG dah mula memberi teaser tentang peta salji, Fortnite pula masih lagi dengan map yang satu, dari segi senjata pula, Fortnite : Battle Royale mempunyai pilihan yang sangat banyak berbanding PUBG.

Konklusinya kat sini, macam aku cakap tadi, game yang sama, cuma cara dipermainkan tu lain. Game ni, secara azalinya, sangat bergantung pada personal preferences. Kalau kau suka permainan pantas, ada sifat arkitek, boleh main Fortnite, kalau kau berdarah askar, suka buat strategi, suka fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan, boleh ke PUBG. Tapi aku main dua-dua. So, korang suka yang mana? Yang mana korang rasa lagi bagus? Boleh tinggalkan komen korang kat sini.

Lagi satu, aku bagi link untuk Fortnite : Battle Royale dengan PUBG.

Nah, video perbandingan dua game ni.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ComparisonFortnitePCPlayStation 4pubgxbox
Previous Post

Fortnite : Battle Royale 20 vs 20 ?!!!

Next Post

Apa Yang Ada Untuk Nintendo Direct Esok???

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Apa Yang Ada Untuk Nintendo Direct Esok???

Apa Yang Ada Untuk Nintendo Direct Esok???

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd