Diketuai oleh bekas pemaju terkenal di sebalik siri ‘Tales‘, Scarlet Nexus adalah action-RPG yang hadir dengan estetika futuristik, pertempuran real-time menarik, dan kisah fiksyen berkonsep tinggi. Sekiranya itu tidak cukup untuk menarik minat anda, Scarlet Nexus juga dianggap sebagai peluang untuk Bandai Namco mengubah semula bagaimana dunia melihat RPG-nya.

Dalam keynote bersama producer Keita Iizuka, pengarah permainan Kenji Anabuki, dan pengarah seni Koeta Ochiai, mereka menjelaskan bahawa peralihan daripada estetika fantasi adalah sesuatu yang telah dipertimbangkan oleh studio sejak sekian lama. Permainan fantasi selalunya menggunakan ‘sihir‘ (magic), tetapi untuk menepati latar belakang yang lebih futuristik, mereka memutuskan untuk menggunakan kebolehan super (superpower) kerana ingin pemain menganggap Scarlet Nexus sebagai siri yang sama sekali baru. Mari kita selami dunia Scarlet Nexus!
Latar belakang, tema dan watak utama
Dengan tema utama “ikatan“, “perasingan” dan “benang merah” (tanda ikatan takdir), Scarlet Nexus berlangsung di kota futuristik New Himuka yang diilhamkan oleh fiksyen sains barat dan anime klasik.
Scarlet Nexus ditetapkan pada era di mana hormon psionik yang ditemukan di otak manusia memberikan kekuatan sensori tambahan. Dalam dunia di mana kekuatan otak sangat berkembang maju, manusia menggunakan otak mereka untuk mengendalikan pelbagai peranti teknologi. Sebagai contoh, iklan dan sepanduk hologram yang muncul di sekitar banda sebenarnya maklumat yang dipindahkan secara langsung dan ditayangkan ke otak manusia.
Ketika manusia mula memahami dengan kemampuan baru ini, kemunculan mutan bergelar The Others, turun ke Bumi, Ia dahagakan otak manusia dan hanya otak makhluk hidup sahaja yang dapat menenangkan ketagihan ini.

Ini menetapkak latar belakang Scarlet Nexus sebagai era di mana manusia terperangkap antara teknologi, kemampuan psikik, dan ancaman dunia lain. Akibatnya, mereka yang memiliki kemampuan sensori otak yang lebih kuat (dikenali sebagai psionik) diseru untuk menyertai Other Suppression Force. Di sini, akan mengambil bermain sebagai Yuito Sumeragi:
- Yuito Sumeragi (watak utama) menyertai Other Suppression Force selepas diselamatkan oleh mereka pada usia muda.
- berasal daripada keluarga yang berprestij, jadi menyertai Other Suppression Force adalah sesuatu yang tidak dijangka dan menimbulkan masalah.
- lulus ujian SAS dan menjadi ahli kekal.
Satu lagi fakta menarik ialah setiap watak di dalam permainan dilukis oleh artis ‘indie’ Masakazu Yamashiro. Dia dijemput kerana seni artistiknya yang kuat walaupun tidak mempunyai pengalaman industri yang banyak kerana pihak pemaju yakin dengan bakatnya.
Sistem pertempuran, elemen RPG dan huraian kuasa psikik
Anabuki menjelaskan bahawa pasukan mempunyai dua fokus utama semasa mewujudkan sistem pertempuran Scarlet Nexus. Yang pertama adalah pengalaman psikokinesis yang berasal daripada kekuatan Yuito.
Sebagai contoh, pemain dapat mengubah dunia itu sendiri menjadi senjata. Unsur-unsur persekitaran dapat diangkat dan dipecahkan, atau dilancarkan pada musuh untuk mulakan kombo serangan dan ‘crowd-control‘ musuh. Ini adalah sistem yang unik, di mana objek seharian seperti tiang telefon, peti surat, kereta, dan kereta api – dapat digunakan dengan tepat dan mudah, serta disatukan terus ke dalam kombo serangan tanpa input atau meter rumit.
Secara lebih spesifik, ketika mengambil objek, tempoh mengawal objek bergantung pada keberatannya. Untuk objek-objek tertentu, butang akan serasi dengan pergerakan objek dan bergantung pada lokasi objek masing-masing.
Tentang fokus kedua, pasukan pemaju ingin mengimbangi psikokinesis dan serangan senjata konvensional agar pemain merasa bersemangat untuk bereksperimen, dan bermain-main dengan sistem pertempuran untuk mencari cara baru yang seronok untuk menewaskan musuh-musuh Scarlet Nexus.
Pertarungan di Scarlet Nexus berlansung dalam ruang yang kecil dan kadang-kala sempit. Musuh yang datang di Yuito menyerang dengan pantas dan ganas. Ini memaksa anda untuk memikirkan cara yang lebih konvensional. Untuk bertahan hidup, anda perlu bertukar antara serangan biasa (senjata) dan kuasa psikokinesis dengan berkesan, serta melancarkan apa-apa objek seperti pasu bunga hingga ke kenderaan pada mutan yang menceroboh untuk membuat kombo.
Berikut adalah butiran spesifik tentang ciri-ciri lain:
Elemen RPG
- Hingga 2 ahli parti buat masa ini disahkan.
- Menu parti (SAS) mempunyai 4 slot jadi ini bermakna lebih banyak watak akan sertai (mungkin ahli parti mempunyai lebih daripada satu kemahiran).
- Ahli parti mempunyai “Bond Episodes”
- tidak ada penjelasan tetapi mungkin untuk meningkatkan kebolehan mereka.
- Kebolehan SAS hingga 6 tahap, semua parameter menerima peningkatan.
- Pada tahap 6, ahli parti menerima kebolehan baru.
- Ahli mempunyai menu “Tactics“.
- tidak dibuka semasa keynote tetapi mungkin boleh menetapkan cara kawalan
- Skill tree terdiri daripada Expansion(kebolehan baru), Support(jarak memungut objek) dan Enhance (lebih banyak damage)
Hanabi Ichijo
Hanabi Ichijo ialah satu-satunya ahli parti yang ditunjukkan dan mempunyai kuasa pirokinesis. Ini memberikan atribut api kepada Yuito di mana dan serangan ‘finisher‘-nya menjadi letupan.
Sistem pertempuran
- Senjata Yuitio adalah pedang dan PK (psychokinesis).
- PK lebih kuat tetapi perlahan dan lebih baik digunakan pada jarak jauh.
- PK menggunakan PK meter.
- Pedang lebih pantas tetapi hanya jarak dekat. Pedang akan mengisi PK meter.
- Anda dapat melakukan kombo dengan menekan butang selepas serangan pertama:
- Berlari ke arah musuh selepas serangan PK untuk mendekatkan jarak.
- Menggunakan serangan PK selepas kombo pedang dapat memberi ‘finisher‘.
- Anda boleh mundur selepas kombo pedang untuk jauhkan diri.
Pertarungan bos
Arena pertarungan bos mempunyai medan interaktif. Pastikan diri mengawasi persekitaran sekeliling untuk mencari objek yang boleh dicampak ke musuh. Jangan serang tanpa rancangan. Setiap bos mempunyai peluang khusus untuk pemain melancarkan satu serangan PK yang kuat.
Bandai Namco belum memberikan tarikh pelancaran rasmi kepada Scarlet Nexus, tetapi ia disahkan sedang dibangunkan untuk PS5, Xbox Series X, PC, PS4, dan Xbox One. Kenji Anabuki juga menggoda bahawa Scarlet Nexus akan memanfaatkan kehebatan konsol generasi seterusnya.
“Berkat kekuatan pemprosesan tinggi pada perkakasan generasi akan datang, permainan ini akan menampilkan frame-rate tinggi, sambil mempunyai proses berat yang berkait dengan penampilan yang ingin kami capai. Lebih-lebih lagi, load time yang pendek pasti memberi pemain pengalaman permainan yang lebih mendalam.”
Ini bermakusd perkakasan moden boleh menyokong FHD 30 FPS, manakala perkakasan generasi seterusnya akan menyokong 60 FPS 4K.
Itu sahaja maklumat yang saya terima daripada tiga minda disebalik pembangunan Scarlet Nexus. Untuk segala liputan lama kami tentang permainan ini, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post