Sekitar 6.5 tahun setelah ianya dilancarkan, masih banyak lagi sebenarnya rahsia yang masih disimpan oleh konsol PlayStation 4. Baru-baru ini, seorang pengguna Reddit menjumpai satu rahsia dimana ianya telahpun berada pada konsol ini semenjak kemaskini sistem 4.0 pada tahun 2016.
Kebanyakkan gamers gemar “memulun” untuk mengejar pencapaian dan trofi dalam setiap game yang dimainkan, tetapi masih terdapat beberapa trofi yang sebenarnya dikunci kerana ianya berkaitan dengan spoiler untuk memastikan gamer tidak terkesan ketika memainkannya.
Tetapi, sekiranya anda tidak hiraukan spoilers ini dan hanya mahukan trofi tersebut, user RockyBalbubba telah menemui caranya. Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih “hidden Trophy” tekan butang X untuk melihat perinciannya dan tekan butang Square dan kemudian semuanya akan diperlihatkan untuk anda. Mesti ramai tidak mengetahuinya bukan?
PlayStation UK akhirnya telah memuatnaik posting Tweeter berkenaan hal ini, dan terus menyebabkan ruangan komen dipenuhi komen-komen pengguna yang rata-rata mengatakan ia sepatutnya diberitahu lebih awal. Tetapi respon paling “win” daripada PlayStation adalah “itulah sebabnya anda perlu membaca nota kemaskini sistem”.
We don't know who needs to hear this but: pic.twitter.com/l9ZZn85htx
— PlayStation UK (@PlayStationUK) July 11, 2019
Terdapat lagi tip-tip lain yang telah dikongsi ekoran ini, seperti ketika controller sedang di-cas, kelipan lampu yang makin perlahan menandakan ianya hampir penuh di-cas; penjimatan bateri controller dengan menurunkan sinar light bar dan menghidupkan konsol dengan menekan butang PS di controller.
Terdapat juga satu tip accessibility menerusi PixelPodium di Twitter iaitu menekan bukan PS bersama dengan butang Square untuk mendapatkan kesan zoom di skrin, ini memudahkan pemain yang mempunyai masalah penglihatan.
https://twitter.com/PixelPodium/status/1149319870477156353
Menarik untuk kita jejak posting ini sekiranya terdapat lagi tip-tip yang kita masih belum ketahui.
Sumber: DualShockers
@gamersantaimy
Discussion about this post