Kakao Games secara rasmi melancarkan Guardian Tales di serata dunia! Guardian Tales adalah sebuah permainan RPG Mobile penuh dengan teka-teki yang mencabar, rekaan piksel yang nampak sangat nostalgia dan jalan cerita yang mencuit hati! Dengan gaya permainannya yang seronok dan unik, Guardian Tales mendapat sambutan mesra besar-besaran dari pelancarannya di Korea baru-baru ini serta mereka juga telah mengaut ramai respinden semasa pra-pendaftaran antarabangsa!
Guradian Tales adalah sebuah permainan RPG pengembaraan aksi dengan unsur permainan retro piksel berganding dengan ilustrasi watak yang menarik. Setiap dunia penuh dengan teka-teki yang mencabar dan jalan tersembunyi di luar peta di mana harta dan ganjaran yang padu menanti anda! Dengan lebih dari 50 wira untuk dikumpul, pemain dapat membina 1 pasukan 4 watak dan bermain berama Guild dalam Raid atau bertanding dengan pemain-pemain lain dalam Arena dan Colosseum. Bukan itu sahaja, juga terdapat banyak teka-teki dan kurungan bawah tanah yang mencabar untuk anda selesaikan dan tempat tersembunyi untuk ditemui!
Jangan sangka terhenti disitu! Iya masih ada Acara peta jalan “Premiere Night 2” yang juga akan diadakan pada hari yang sama!
Semasa acara ini, Guardian perlu kumpul markah Acara dengan bermain peringkat Rifts, Tower, Arena, Colosseum dan Adventure. Setiap kandungan memberi jumlah Markah Acara yang berlainan. Lebih banyak Markah Acara yang dikumpul, lebih banyak ganjaran yang dapat ditukar semasa acara ini.
Jangan lupa untuk sertai dan berhubung dengan pemain atau Guardian lain dalam komuniti permainan ini serta berkongsi petua dan mendapat pelbagai berita terbaru permainan ini!
Laman Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/GuardianTales/
Discord Rasmi: https://discord.gg/mmznZ3V
@gamersantaimy
Discussion about this post