Cyberpunk 2077 adalah salah satu game yang dinanti-nantikan oleh ramai orang semasa ia diumumkan. Namun, terdapat beberapa masalah yang ditemui semasa bermain dan memaksa studio CD Projekt Red (CDPR) fokus untuk membaiki game tersebut. Walaupun sedang menambah baik game ini, mereka mempunyai rancangan untuk mengeluarkan pengembangan untuk Cyberpunk 2077 pada tahun 2023.
Sebelum ini, CDPR telah berkata bahawa pengembangan Cyberpunk 2077 masih dalam pembangunan, tetapi tumpuan mereka ketika itu adalah untuk menambah baik game ini. Kemas kini 1.5 yang dikeluarkan pada bulan Februari lalu telah mengubah hampir keseluruhan game dan memasukkan kemas kini untuk konsol next-gen yang telah lama ditunggu-tunggu oleh pemain. Keperluan untuk menambahbaik game ini telah memperlahankan pembangunan kandungan baharu.

Baru-baru ini, CDPR telah mengeluarkan rancangan mereka untuk tahun 2022. Dalam rancangan tahunan itu, mereka telah menyenaraikan semua projek yang akan dilakukan termasuk pengembangan untuk Cyberpunk 2077.
Selepas itu, mereka juga akan meneruskan sokongan untuk Cyberpunk tetapi tumpuan mereka akan beralih secara beransur-ansur kepada game lain. Pada masa ini, sebahagian besar pasukan mereka sedang mengusahakan pengembangan Cyberpunk 2077 yang disasarkan untuk dikeluarkan pada tahun depan.
Selain itu, mereka juga sedang fokus untuk mengeluarkan The Witcher 3 di PlayStation 5 dan Xbox Series X. Namun, terdapat beberapa masalah yang telah dilaporkan sehingga menyebabkan pengeluaran game ini ditangguhkan.
Sebelum ini, mereka telah mengumumkan bahawa game The Witcher 3 akan dilancarkan pada hujung tahun 2021 tetapi disebabkan perkara-perkara tertentu, ia telah ditangguhkan ke tahun 2022. Selepas penangguhan kali pertama, mereka menyatakan bahawa game ini akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2022 untuk konsol next-gen, tetapi kini ianya tidak jelas sama ada ia akan dikeluarkan pada tahun ini atau tidak. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan ini.

Jadi, apa pendapat korang tentang pengembangan Cyberpunk 2077 yang akan datang? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Cyberpunk 2077, sila klik pautan ini.
Sumber: PCGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post