Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengarah syarikat Flux Asia Chris Teng He Xun meninggal dunia, tokoh muda dalam dunia e-Sukan Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2021
in Artikel, Berita, Esports, Tempatan
0 0
0
Pengarah syarikat Flux Asia Chris Teng He Xun meninggal dunia, tokoh muda dalam dunia e-Sukan Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Satu berita menyedihkan datang mengejutkan kami hari ini. Dukacita, Flux Group Asia telah mengumumkan kematian pengasas bersama dan pengarah syarikat, Chris Teng He Xun. Dilahirkan pada 28 September 1997, beliau meninggal dunia semalam pada tarikh 15 Jun 2021. Beliau hanya berumur 24 tahun.

Sebagai tokoh yang terkenal di dunia e-Sukan Malaysia, beliau telah bantu majukan industri di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara. Seperti yang disebutkan di atas, beliau merupakan salah satu pengasas dan pengarah Flux Group bersama Eason E. Flux Group adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk pelbagai pemasaran kandungan dan penyiaran video.

Sebagai perkhidmatan yang tersedia di seluruh dunia, mereka menghasilkan kandungan siaran langsung dan video termasuk acara-acara besar e-Sukan seperti World Electronic Sports Game SEA oleh AliSports, MLBB M1 World Championship 2019 oleh Mineski Event Team, Mobile Legends Professional League oleh eGG Network (Astro) dan lain-lain.

Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan untuk produksi video, sinematografi, fotografi, pemasaran media sosial, pengiklanan, dan rancangan siri langsung. Antara pelanggan mereka ialah Sony, ThermalTake, Razer, Armaggeddon, VIVO, ASUS Republic of Games, Acer Predator, dan lain.

Pergilah seorang individu yang bantu majukan e-Sukan Malaysia. Kalau tidak ia diumumkan sendiri oleh Flux Group Asia, saya pun tidak menyangka pemergian Chris Teng pada usia yang muda. Bukan kerja mudah untuk menampilkan bakat-bakat di negara kita kepada seluruh dunia, jadi untuk itu, saya berterima kasih untuk sumbangan bernas beliau. Salam takziah kepada keluarga beliau. Semoga semua kekal kuat.

Sumber – Flux Group

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asiaAsia TenggaraChris TengE-SukanEsportsFlux GroupMalaysiaSEA
Previous Post

Profil Ultra Pemain tengah yang Pertama “Ultra Toru Hanagata” Dilancarkan di game SLAM DUNK !

Next Post

[E3 2021] WarioWare: Get It Together akan keluar di Nintendo Switch pada tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[E3 2021] WarioWare: Get It Together akan keluar di Nintendo Switch pada tahun ini!

[E3 2021] WarioWare: Get It Together akan keluar di Nintendo Switch pada tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd