Series-series Devil May Cry adalah game yang menarik dan tentunya dinanti-nantikan oleh semua peminat yang sudah lama bermain game tersebut. Malah, series kelima Devil May Cry yang keluar pada awal bulan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dari segi kritikan serta hasil jualan. Pada 14 Mac yang lepas, Youtube channel Toy Bounty Hunters memuat naik satu video temu ramah berdurasi 2 jam dengan watak dan suara latar Dante sejak Devil May Cry 3 iaitu Reuben Langdon.
Menurut Reuben, dia mengatakan yang Itsuno “tidak senang” dengan perubahan arah, dan sudah bersiap sedia untuk “tinggalkan Capcom” selepas keluaran game tersebut. Menurutnya lagi:
“Saya rasa dia buat peletakkan jawatan itu dan kemudiannya mereka berkata “Kejap, tuan sangatlah berharga untuk syarikat ini dan kami tidak mahu tuan untuk beredar. Apa yang boleh membuatkan tuan untuk kekal di sini?”
Salah satu wishlist Itsuno termasuklah mempunyai kawalan sepenuhnya untuk series terbaru Devil May Cry, kata Reuben. Game terbaru itu sudah pun mendapat kritikan yang memberangsangkan dari semua.
“Tahniah kepada Itsuno kerana berani dan juga Capcom sebab memberikan kebebasan tersebut. Mereka (Capcom) berikan segala yang dituntut dan oleh Itsuno
I think there was a bit of a misunderstanding here- DmC has nothing to do with this conversation. Itsuno-san really was proud of what Capcom and Ninja Theory accomplished together on that game. I’m not BSing here.
— Matt Walker (@retroOtoko) March 17, 2019
Penerbit Capcom, Matt Walker pula berkata yang keinginan Hideaki Itsuno untuk meninggalkan studio itu selepas Devil May Cry sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan game tersebut. Malah, Itsuno sebenarnya bangga dengan pencapaian Capcom serta Ninja Theory dalam pembikinan game Devil May Cry. Dia juga tidak terangkan secara terperinci mengapa Itsuno akan mahu tinggalkan Capcom. Tapi tidak diragukan yang developers lain yang rapat dengan Itsuno, atau pun Itsuno sendiri akan memberikan jawapannya suatu hari nanti.
Kepada yang masih belum main Devil May Cry 5, boleh baca ulasan kami mengenai game ini di sini!
@gamersantaimy
Discussion about this post