Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengarah Overwatch Jeff Kaplan meninggalkan Blizzard selepas 19 tahun bersama

Overwatch 2 mendapat ketua baru

Amir Haziq by Amir Haziq
April 21, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Pengarah Overwatch Jeff Kaplan meninggalkan Blizzard selepas 19 tahun bersama
Share on FacebookShare on Twitter

Pengarah untuk permainan Overwatch, Jeff Kaplan telah mengumumkan beliau akan meninggalkan Blizzard Entertainment. Dalam catatan di laman web rasmi Overwatch, Blizzard menyatakan mereka telah memilih ketua baru bagi projek tersebut, dan berkongsi kenyataan peribadi dari Kaplan sepanjang beliau di syarikat.

 

“Saya akan meninggalkan Blizzard Entertainment setelah 19 tahun bersamanya. Ianya satu kehormatan mendapat peluang mencipta dunia dan hero untuk pemain yang bersemangat. Saya ingin meluahkan sepenuh penghargaan saya untuk semua di Blizzard yang menyokong permainan, pasukan dan pemain kami. Tapi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk Blizzard yang sudi berkongsi pengembaraan ini bersama saya. Sentiasa berani untuk buat sesuatu yang mustahil. Saya harap anda juga lakukan perkara yang sama, gg.” Ucapan dari Jeffrey Kaplan di laman rasmi Overwatch.

Kaplan seorang yang disukai dalam komuniti Overwatch kerana sering berkongsi maklumat, perbincangan dan pelbagai meme. Beliau telah menghasilkan banyak permainan sepanjang kariernya di Blizzard, termasuklah World of Warcraft, Warcraft 3 dan Overwatch.

Di samping itu, Blizzard telah melantik Aaron Keller, salah seorang pembangun utama dalam Overwatch yang mempunyai sejarah yang panjang bersama Blizzard, dan akan mengambil alih tugas sebagai pengarah untuk Overwatch 2. Dalam posting tersebut juga, Keller turut berkongsi ucapan sempena perpisahan Kaplan dan masa depan Overwatch.

“Jeff telah menjadi ketua, mentor serta rakan yang hebat, dan kami pasti akan merindukannya. Saya bertuah dapat bekerjasama dengan Jeff dan pasukan Overwatch yang lain, selama bertahun-tahun dalam membina sesuatu yang terus menginspirasikan seluruh dunia. Dan saya berbesar hati untuk menyambung legasi Jeff.” Ucapan Keller sempena perpisahan Jeff.

“Saya suka Overwatch. Dari konsep seni hingga peta pertama kami bina, sehingga pertama kali saya menjadi Tracer. Permainan ini sangat serasi dengan saya. Saya suka dunianya yang penuh inspirasi, harapan, dan keindahannya yang patut diperjuangkan. Saya suka wataknya yang lebih besar dari kehidupan, berwarna-warni, kuat dan global. Dan paling penting, saya suka permainannya yang pantas dan lancar serta memerlukan kerjasama, situasi kesedaran dan cepat membuat keputusan.” Tambah Keller dalam ucapannya.

“Saya juga sedar, dalam membuat permainan di Blizzard ini melibatkan usaha berkumpulan dan bukannya dari seorang sahaja. Bersama dengan anggota lain, saya bernasib baik kerana kami mempunyai ramai pemimpin pembangunan dan kreatif, artis serta pereka Blizzard veteran , termasuk orang baru yang berbakat bersama-sama menyokong syarikat untuk hasilkan Overwatch 2. Saya berasa teruja untuk menyambung peranan sebagai pengarah, dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang berbakat untuk menghasilkan Overwatch seterusnya, dan berbesar hati untuk berkhidmat dalam komuniti yang luar biasa ini.” Ucapan Keller untuk pasukan Overwatch.

Menurut Keller, pengembangan Overwatch 2 sedang berjalan dengan baik serta pasukannya telah merancang sesuatu yang menarik untuk diberikan pada tahun ini dan seterusnya. Mereka akan berkongsi kemas kini Overwatch 2 dengan lebih kerap, dan menghasilkan ciri baru dalam permainan untuk peminat. Walaupun permainan ini masih dalam pengembangan, Blizzard masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran untuk sekuel tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardJeff KaplanOverwatch
Previous Post

Pendedahan terbaru Legend of Mana HD Remaster menampilkan Land Creation & sistem Battle

Next Post

Artis Solo Leveling rasmi akan menghasilkan manhwa Assassin’s Creed Black Flag!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Artis Solo Leveling rasmi akan menghasilkan manhwa Assassin’s Creed Black Flag!

Artis Solo Leveling rasmi akan menghasilkan manhwa Assassin's Creed Black Flag!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd