Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengarah Halo sertai Netflix, ingin bangun game AAA di ‘multiplatform’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Konsol, Mobile, Movie/siri, Netflix, PC
0 0
0
Pengarah Halo sertai Netflix, ingin bangun game AAA di ‘multiplatform’
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, pengarah dan penulis veteran untuk siri Halo, Joseph Staten, mengumumkan bahawa dia kini bekerja di Netflix dan sedang dalam usaha untuk membangunkan game baharu.

So today, I'm thrilled to announce that I've joined @Netflix Games as Creative Director for a brand-new AAA multiplatform game and original IP. Let's go! 2/2

— Joseph Staten (@joestaten) April 17, 2023

Secara lebih khusus lagi, dia berkongsi mesej itu di akaun Twitternya, dan mendedahkan bahawa dirinya kini menyertai Netflix Games dan akan menggunakan semua pengalamannya dalam Halo dan Destiny sebagai Pengarah Kreatif untuk mewujudkan game AAA serba baharu. Maklumat tentang projek ini tidak diumumkan buat masa ini, tetapi Staten mengesahkan bahawa game itu akan dikeluarkan di pelbagai platform pada masa hadapan.

Apa yang menarik tentang projek rahsia ini adalah ia akan dikeluarkan di “pelbagai platform.” Buat mereka yang kurang tahu, kebanyakan game Netflix Games dibuat khusus untuk mobile, tetapi selepas membuat pengumuman besar pada bulan lepas, Netflix nampaknya sudah bersedia untuk memulakan fasa seterusnya di bahagian AAA.

Bak kata Netflix, lebih sedozen game sedang dikerjakan di studio dalaman dan mereka merancang untuk melancarkan sebanyak 40 game sebelum tahun 2023 tamat. Jika semuanya berjalan lancar, kemungkinan besar mereka dapat mencapai matlamat itu.

“Dalam kehidupan kerja saya, tiada apa yang lebih saya sukai daripada bekerjasama dengan orang lain untuk membina dunia yang dipenuhi dengan watak ikonik, misteri yang mendalam dan pengembaraan yang tidak berkesudahan. Jadi hari ini, saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa saya telah menyertai Netflix Games sebagai Pengarah Kreatif untuk game multiplatform AAA serba baharu dan IP original.” – kata Staten di media sosial.

Joseph Staten ialah salah seorang tokoh paling penting di studio Bungie setelah bekerja sebagai penulis untuk Halo 1 hingga 3 dan Destiny 1. Dia kemudian berkhidmat sebagai pengarah kreatif di Xbox Game Studios dan menyertai 343 Industries sebagai Ketua Kreatif di Halo Infinite. Pada Januari 2023, dia meninggalkan studio dan mengumumkan beberapa minggu lalu bahawa dia telah meninggalkan Microsoft sepenuhnya.

Hey folks, I am indeed leaving Microsoft. I'll have more info to share soon, but for now, I'd just like to thank all my @Xbox colleagues for all their understanding and support as I embark on a new adventure. https://t.co/oMR0LXOzZb

— Joseph Staten (@joestaten) April 8, 2023

Memandangkan pembangunan baru sahaja bermula, anda semua harus bersabar untuk mendapatkan info lanjut.


Baca segala liputan kami tentang Netflix di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HaloJoseph StatennetflixNetflix Games
ShareTweetSend
Previous Post

WB Games umumkan Harry Potter: Quidditch Champions!

Next Post

GeForce Now Kini Tersedia di Malaysia! Harga Langganan Serendah RM 30 Sebulan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
GeForce Now Kini Tersedia di Malaysia! Harga Langganan Serendah RM 30 Sebulan!

GeForce Now Kini Tersedia di Malaysia! Harga Langganan Serendah RM 30 Sebulan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd