F. Gary Gray telah dilaporkan akan mengarah versi filem bagi game popular Saints Row. Kalau korang semua nak tahu, pengarah F. Gary Gray bukan lagi orang asing kepada filem yang berkisarkan watak-watak yang ingin buat jahat, setelah mengarah filem biografi gangster rap Straight Outta Compton dan The Fate of the Furious!
Saints Row is being made into a movie by the director of Fate of the Furious and nothing else in the world matters.
— Jessie Pridemore ➡️ Smile Fest (@jessiepridemore) May 1, 2019
Gray baru-baru ini telah menyelesaikan penggambaran Men in Black: International, sebuah reboot kepada francais yang bakal hadir pada bulan Jun tahun ini dan tidak mempunyai sebarang filem lain dalam pembikinan selepas ini. Selain itu, Greg Russo (tiada kaitan dengan Russo Brothers ya) akan menulis skrip untuk filem ini. Beliau adalah seorang yang sangat terkenal di dunia video game bertukar menjadi filem, dan sedang menulis skrip untuk filem Mortal Kombat dan filem Resident Evil reboot.
Get your purple on! Things are about to get CRAZY! So excited to be working on this. Been a fan of @DSVolition forever.
F. Gary Gray Developing To Direct Movie Based On Video Game Franchise ‘Saints Row’ For Fenix, Koch, Occupant https://t.co/v8CCYwehXn via @Deadline
— Greg Russo (@WriterRusso) April 30, 2019
Masih tiada berita lain tentang apa akan terjadi di filem Saints Row ini, atau jika mana-mana watak terkenal daripada game akan terlibat sekali. Jadi kita kembali semula ke dunia game, di mana masih tidak pasti jika kami akan melihat kepulangan Saints Row. THQ Nordic telah membeli pemilik Saints Row, Koch Media untuk €121M setahun lalu- dan pada masa itu, sebuah game Saints Row dikatakan dalam pembikinan. Malangnya, tiada lagi maklumat selepas hal ini dan kita di sini hanya mampu tunggu dan lihat saja.
What characters (aside from the Boss, Johnny, Shaundi, or Pierce) do you want to see show up in the Saints Row movie? #SHPOLL19 pic.twitter.com/j4c7uonpYe
— Martin Sanchez (@MarSanJ47) April 30, 2019
Sumber – Deadline
@gamersantaimy
Discussion about this post