Peminat telah menunggu lebih sedekad untuk sekuel terbaru filem Avatar arahan James Cameron. Ketika filem tersebut keluar pada tahun 2009, ia terbukti menjadi sesuatu yang mengubah industri filem dengan mendapat kutipan jualan tertinggi sekaligus menjadi sebuah fenomena yang baru. Tetapi zaman sudah berubah, James Cameron menjelaskan bahawa dia bersedia untuk menamatkan francais Avatar dengan filem ke tiga jika Avatar: The Way of Water tidak mendapat sambutan seperti yang pertama.

Untuk pengetahuan anda, filem Avatar ini merupakan filem sci-fi bertemakan penjajahan, perubahan iklim dan hubungan manusia dengan sekelilingnya. Kejayaan filem ini berjaya mengekalkan kedudukan James cameron sebagai auteur untuk francais Avatar, dia juga telah menandatangani kontrak bersama 20th Century Fox untuk menghasilkan tiga lagi filem iaitu Avata: The Way of Water, Avatar 3 dan Avatar 4.
Apabila Disney membeli Fox, studio tersebut ingin memberi bantuan kepada pengarah filem ini untuk meneruskan cita-citanya dalam membuat lebih banyak filem pecah panggung seperti Terminator 2: Judgement Day, Aliens, Titanic dan banyak lagi. Bercakap tentang masa depan filem ketika pasca-pandemik yang terjejas dengan peningkatan platform penstriman dan pilihan pengguna, James Cameron berkata:
Pasaran mungkin memberitahu kami bahawa kami telah selesai dalam masa tiga bulan atau kami mungkin separuh siap, yang bermaksud: “Baiklah, mari kita lengkapkan cerita dalam filem ketiga, dan jangan teruskan tanpa henti,” jika filem ini tidak memberikan untung… Kita berada di dunia yang berbeza sekarang berbanding ketika saya menulis filem pertama. Malah, ia adalah pukulan satu-dua (pandemik dan penstriman), atau mungkin kita perlu mengingatkan mereka apakah maksud pergi ke panggung wayang yang sebenar. Filem ini pasti akan menjadi. Persoalannya, siapa yang masih ambil kisah sekarang?

Untuk pengetahuan anda, Avatar 3 telah selesai untuk sesi penggambaran dan akan dikeluarkan pada 20 Disember 2024 manakala untuk Avatar 4 pula, peminat harus tunggu lagi dua tahun. Untuk tahun ini sahaja, filem pasca-pandemik yang ditayangkan di pawagam seperti Spider-Man: No Way Home, Top Gun: Maverick dan Doctor Strange: Multiverse of Madness berjaya mendapat sambutan yang hangat. Besar kemungkinan untuk Avatar: The Way of Water gagal adalah mustahil.
Avatar: The Way of Water dijangkakan akan hadir ke pawagam pada 15 Disember ini.
Jadi apa pendapat anda tentang dunia penstriman dan pawagam, adakah ia menjadi punca kenapa ramai tidak mahu menonton filem di panggung? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post