Kalau anda peminat anime, sudah tentu anda mengetahui studio MAPPA, studio yang mengadaptasi siri popular Attack on Titan S4. Banyak juga perkara yang kita baca mengenai MAPPA, lebih-lebih lagi dengan layanan mereka terhadap juruanimasi. Baru-baru ini juga, salah seorang pengarah dalam MAPPA, Sunghoo Park, yang terlibat dengan penghasilan anime Jujutsu Kaisen telah meninggalkan studio tersebut untuk ke studio baru miliknya.

Jika anda ingin tahu, Sunghoo Park, telah menubuhkan sebuah studio animasi baru bernama “E&H Production”. Studio itu juga telah mengeluarkan maklumat mengenai pengambilan untuk mencari bakat-bakat baru dalam industri anime. Memandangkan Park ketua syarikat itu, jadi memang tidak peliklah mengapa dia berpindah ke studio baru itu, meninggalkan studio MAPPA.
Setakat ini, studio tersebut mempunyai 8 orang pekerja dan giat mencari bakat-bakat baru. Syarikat itu juga ingin mencabar karya animasi original dan proses produksi baru. Mereka tidak mahu terhad kepada pengeluaran animasi tradisional dan berhasrat untuk menghasilkan animasi dengan game engine, VT dan penggambaran sebenar.

Kalau anda ingin tahu, Sunghoo Park bukan sahaja terlibat dengan siri Jujutsu Kaisen di MAPPA. Dia juga terlibat dengan banyak siri anime lain seperti Kakegurui, The God of Highschool, Yuri on Ice dan Zombieland Saga. Tetapi dia sebenarnya bukanlah pekerja tetap MAPPA, tetapi hanya freelancer sahaja,
Dengan Sunghoo Park meninggalkan studio animasi tersebut, ramai peminat Jujutsu Kaisen menjadi panik memikirkan masa depan francais anime itu. Lebih-lebih lagi, Park telah melakukan kerja yang bagus dalam mengarahkan kedua-dua versi TV dan filem siri tersebut. Walaupun begitu, MAPPA tidak mengeluarkan sebarang pengesahan mengenainya.

Sama ada dia akan bekerja sebagai pengarah Jujutsu Kaisen atau tidak masih belum disahkan. Tetapi ramai peminat yang berharap supaya Park kembali untuk mengarahkan musim kedua siri tersebut. Nampaknya kita kena tunggu tahun depanlah kalau nak tahu jika Park masih lagi mengarahkan anime ini. Apapun, kalau anda inginkan liputan lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Weibo, animegalaxy
@gamersantaimy
Discussion about this post