Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Santai ke Gashapon Bandai Official Shop! Banyak Gashapon Menarik Tersedia!

Maira by Maira
March 16, 2023
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Pengalaman Santai ke Gashapon Bandai Official Shop! Banyak Gashapon Menarik Tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

Selalu nampak gashapon dekat kedai-kedai yang jual barang anime ataupun dekat acara ACG. Sekarang ini, ada cara lagi senang untuk anda dapatkan gashapon kerana kedai rasmi Gashapon Bandai akhirnya dibuka di Malaysia! Kami berpeluang untuk pergi ke kedai tersebut semasa pembukaan rasminya. Jom kami ceritakan pengalaman kami di sana!

Memandangkan ini kali pertama kami jejak kaki di kedai Gashapon, ia kelihatan sama seperti yang ditayangkan dalam video di media sosial. Cuma saiz kedai tersebut tidaklah sebesar di Jepun. Laluannya hanya boleh muat seorang atau dua orang sahaja. Jadi memang sesaklah kalau ramai orang.

Sudah namanya kedai Gashapon, sudah tentu terdapat banyak kabinet yang menunjukkan beberapa produk yang tersedia. Jadi bolehlah anda lihat saiz produk Gashapon di kedai itu sebelum membeli token. Produknya juga tidaklah begitu banyak tetapi kami pasti lebih banyak produk lain akan dibawa kemudian. Kesemua Gashapon terbahagi kepada beberapa jenis seperti anime, cool, life dan lain-lain. Jadi senang untuk anda cari gashapon yang diinginkan.

Terdapat dua jenis Gashapon yang tersedia iaitu normal dan premium. Gashapon paling murah yang anda boleh dapatkan menggunakan 3 token dan paling mahal berharga RM 100 bersamaan 20 token. Kami tidak tahu sangat jika ianya mahal atau tidak jika dibandingkan dengan harga dalam talian. Tetapi kalau anda inginkan pengalaman pusing Gashapon, bolehlah singgah di kedai Bandai Gashapon Official ini!

Untuk membeli token, anda boleh membelinya secara tunai ataupun cashless melalui TnG, Boost, kad kredit, kad debit dan lain-lain. Pertukaran tanpa tunai mempunyai jumlah tetap (RM5,10,20,50,100) dan anda tidak boleh melaraskan jumlah tersebut. Proses cashless akan menjadi lambat sedikit, jadi perlu menunggu untuk selesaikan pembayaran itu.

Sudah lepas pusing Gashapon, mesti ada yang tidak mahu simpan bola plastik tersebut. Anda bolehlah kitar semula melalui mesin yang tersedia di kedai itu. Sempena pembukaan kedai Gashapon Bandai Official, anda boleh mendapatkan eco-bag rasmi jika menukar sekurang-kurangnya RM 100 token. Tetapi stoknya terhad! Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedai Gashapon Bandai ini, boleh ikuti laman Facebook rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GashaponGashapon Bandai Official Shop Malaysia
Previous Post

Interview World of Warcraft: Dragonflight 10.1 – Mengenali Embers of Neltharion!

Next Post

[Review] The Settlers: New Allies – Game RTS baru yang sesuai untuk beginner!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] The Settlers: New Allies – Game RTS baru yang sesuai untuk beginner!

[Review] The Settlers: New Allies - Game RTS baru yang sesuai untuk beginner!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd