Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Santai di Genshin Concert Tour Malaysia! Muzik Teyvat Memenuhi Dewan!

Maira by Maira
October 10, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Muzik, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Santai di Genshin Concert Tour Malaysia! Muzik Teyvat Memenuhi Dewan!

Kredit: Gamer Santai

Share on FacebookShare on Twitter

Hujung minggu yang lalu, telah berlangsungnya Genshin Concert Tour Malaysia di Dewan Filharmonik PETRONAS, yang membawa muzik orkestra daripada game Genshin Impact! Sejujurnya ia merupakan pengalaman yang hebat tidak kiralah untuk peminat orkestra mahupun peminat-peminat Genshin! Jom kami ceritakan sedikit mengenai pengalaman kami semasa Genshin Concert Tour Malaysia!

Kredit: Gamer Santai

Sampai sahaja di sana, sudah ramai orang yang memenuhi tempat itu. Walaupun tidak ramai yang cosplay tetapi ada sahaja cosplayer cuba menggayakan watak masing-masing sambil menepati kod pakaian orkestra. Memang terbaiklah! Terdapat satu backdrop besar yang menampilkan visual utama Genshin Concert Tour. Panjang juga barisan untuk tangkap gambar di backdrop itu. Alang-alang menunggu dewan dibuka, kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar di situ.

Kredit: Gamer Santai

Masuk sahaja dewan, sudah tentu beberapa peringatan mengenai peraturan-peraturan penting sepanjang persembahan. Kami pasti ramai yang teruja menunggu persembahan untuk bermula. Untuk pengetahuan anda, persembahan orkestra ini dipersembahkan oleh Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) bersama Naohisa Furusawa sebagai konduktor. Pemilihan muzik pula meliputi beberapa negara di Teyvat iaitu Monstadt, Liyue dan Inazuma.

Sememangnya bertuah untuk mereka yang berjaya berebut tiket untuk saksikan persembahan ini kerana ia memberikan satu pengalaman yang begitu berbeza jika dibandingkan dengan mendengar muzik melalui Spotify. Persembahan hebat daripada MPO menambahkan lagi rasa imersif malah skrin yang menunjukkan cutscene dalam game juga membuatkan ramai yang teruja. Setiap tema setiap negara, tema boss, serta track cutscene dipersembahkan dengan sangat baik.

Kredit: Gamer Santai

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi memang jarang untuk orang bersorak semasa persembahan orkestra, tetapi kami boleh dengar ramai yang terpesona semasa permulaan Rex Incognito, dan tidak dilupakan juga dengan kemunculan Childe yang membuatkan ramai yang menjerit.

Secara keseluruhannya, kami memang betul-betul puas hati dengan Genshin Concert Tour Malaysia dan berharap benda seperti ini diadakan setiap tahun. Mungkin selepas ini kita boleh mendengar muzik-muzik daripada Fontaine pula. Lagi seronok kalau Honkai: Star Rail mempunyai persembahan seperti ini juga. Kami pasti ramai peminat yang ingin mengalami pengalaman hebat seperti ini juga.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin Concert TourGenshin Concert Tour MalaysiaGenshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Maki, Panda dan Inumaki akan muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Next Post

Total War: Pharaoh Review — Bangunkan Empayar Hebat Anda di Zaman Mesir Purba

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Total War: Pharaoh Review — Bangunkan Empayar Hebat Anda di Zaman Mesir Purba

Total War: Pharaoh Review -- Bangunkan Empayar Hebat Anda di Zaman Mesir Purba

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd