Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Mencuba ROG Ally X Di Computex 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Hardware, Teknologi
0 0
0
Pengalaman Mencuba ROG Ally X Di Computex 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu jenama yang membuat kemunculan di Computex 2024, sudah tentu kami tidak akan terlepas ASUS Republic of Gamers – lagi-lagi kerana mereka baru sahaja mengumumkan ROG Ally X, model baharu untuk konsol handheld gaming ROG Ally yang popular.

Dengan peluang hands-on yang diberi, berikut adalah previu ringkas kami tentang produk ini!

Kredit: Digital Braves

Pertama sekali, ROG Ally X menambah baik banyak komponen dalaman yang penting, seperti SSD 1 TB baharu yang meningkat daripada 512 GB pada Ally original.

Selain itu, ROG Ally X menggunakan motherboard baharu yang menampilkan slot faktor bentuk M.2 2280, untuk membolehkan pengguna menaik taraf storan mereka kepada drive yang lebih besar dengan lebih mudah. Bersama peningkatan ini ialah 24 GB LPDDR5X-7500 RAM untuk lebih fleksibiliti. Sebagai APU, AMD Ryzen Z1 Extreme berkongsi RAM video dengan RAM sistem peranti.

Kredit: Digital Braves

ROG Ally X juga telah dilengkapi dengan bateri 80 Wh, dua kali ganda kapasiti model sebelumnya, jadi pengguna boleh bermain lebih lama. Walaupun terdapat peningkatan yang besar dalam hayat bateri, ROG Ally X hanya mempunyai berat 70 gram lebih daripada ROG Ally original. Ini memastikan ia berasa lebih ringan daripada berat 678 g, untuk memastikan pengalaman yang selesa dan mudah alih untuk semua.

ROG Ally X menampilkan casis yang direka semula dalam jalur warna hitam serba baharu, dengan pemegang yang lebih dalam dan bentuk lebih bulat untuk keselesaan yang lebih baik, tanpa menambah ketebalan pada peranti.

Kredit: Digital Braves

Butang dan joystick disusun dalam sudut yang lebih ergonomik, dengan trigger bercondong yang menjadikannya lebih mudah untuk ditekan. Butang makro di bahagian belakang juga lebih kecil, untuk mengurangkan tekanan yang tidak disengajakan sambil memastikan mudah diakses.

Joystick telah digantikan dengan modul baharu lebih tahan lama, dengan spring lebih kaku untuk tindak balas yang selesa kepada pemain yang menggunakan controller. D-Pad turut ditambah baik, dengan input lapan arah lebih tepat untuk game fighting dan retro.

Kredit: Digital Braves

Pengguna banyak meminta I/O universal, jadi port XG Mobile original telah digantikan dengan dua port USB-C pada peranti, salah satunya adalah Thunderbolt untuk dock pihak ketiga dan GPU eksternal.


Buat masa ini, ROG Ally X belum mempunyai tarikh keluaran dan harga rasmi – jadi kita hanya mampu menunggu info lanjut daripada ASUS ROG. Anda juga boleh melayari laman web rasmi tentang produk ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusComputex 2024ROG Ally X
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Di Computex 2024: Laptop Kolaborasi Mercedes-AMG, Claw X Fallout & Produk AI

Next Post

Pengalaman Mencuba Zotac Gaming Zone Di Computex 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pengalaman Mencuba Zotac Gaming Zone Di Computex 2024!

Pengalaman Mencuba Zotac Gaming Zone Di Computex 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd