Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman bekerja di Gamer Santai sebagai seorang intern jurnalis!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 27, 2023
in Artikel, Panduan, Peluang Kerjaya
0 0
0
Pengalaman bekerja di Gamer Santai sebagai seorang intern jurnalis!
Share on FacebookShare on Twitter

Ehem. Hai semua! Salam perkenalan. Nama saya Nur Azlan Fikri bin Nordin tapi korang boleh panggil saya Alan je. Saya merupakan seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai ASWARA. Sekarang ni saya sedang menjalani latihan industri (LI) atau internship sebagai jurnalis di Gamer Santai selamat empat bulan sejak dari hujung bulan September 2022. Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk meneritakan kepada korang semua pengalaman saya selama berkerja sebagai seorang intern di Gamer Santai.

Mesti ramai diantara korang nak tahu macam mana kerja sebagai seorang jurnalis ni, kan? Sebenarnya lebih kurang je macam wartawan yang menulis di surat khabar, cuma beza dekat sini, kami berkongsi cerita atau menulis berita yang lebih fokus kepada game, anime, filem dan bermacam-macam lagi mengenai teknologi.

Gamer Santai

Sebelum itu, saya nak kongsi dulu kepada korang tentang apa Gamer Santai ini sebenarnya. Okay, Gamer Santai sebenarnya merupakan sebuah platform media dimana mereka menyediakan pelbagai info serta berita terkini mengenai game, anime, manga, esport, filem dan teknologi tak kira dari dalam atau luar negara dengan menggunakan Bahasa Malaysia yang lebih santai untuk pembaca.

Ianya ditubuhkan oleh pegarah, Sean Lim iaitu pemilik kepada Digital Braves Media Group dan tiga lagi rakan media lain, iaitu Gamer Braves untuk Bahasa Inggeris, Wanuxi untuk Bahasa Cina dan GamerWK untuk warga Indonesia.

Pengalaman awal sebagai seorang intern

Hari pertama saya bermula sebagai seorang “budak intern” di pejabat Gamer Santai adalah pada 26 September 2022 dan saya telah diletakkan di bawah pemantauan Razin Syafiq, iaitu Ketua Pasukan Gamer Santai, sebagai supervisor saya sepanjang tempoh latihan industri. Saya juga ditemani dengan rakan sepasukan untuk Gamer Santai iaitu Safwan dan Maira di mana mereka juga bertanggungjawab untuk bersama-sama memantau saya sepanjang tempoh intern ini. Tidak lupa juga video editor Gamer Santaim iaitu Syamil.

Untuk minggu pertama intern, saya telah diajar cara asa untuk menulis sebuah artikel lalu diberikan tugasan pertama, iaitu menulis artikel mengenai helmet rasmi Ultraman. Sebagai seorang pelajar dari jurusan Games Art, saya sedikit sebanyak telah belajar cara untuk menulis tentang mekanik game dan sewaktu dengannya. Jadi, apa yang saya ingin katakan ialah saya tidak di ajar untuk menulis artikel berita tetapi saya tolak tepi fikiran negatif tersebut dan mencuba keluar dari zon selesa. Sekali gus saya dapat mencuba dan belajar benda baru yang saya sendiri tidak terfikir akan lakukan sepanjang hidup ni.

Kalau lihat gambar artikel pertama saya, ya, saya terbitkan artikel pertama saya menggunakan akaun supervisor saya. Tapi ada sebab kenapa saya menggunakan akaunnya, hal ini kerana semasa minggu pertama waktu itu saya belum mendapat akses sebagai admin sehinggalah minggu kedua. Semasa minggu kedua itulah saya telah diajar cara untuk menguruskan halaman Facebook Gamer Santai. Dan artikel pertama saya yang diterbitkan pertama kali menggunakan akaun saya sendiri ialah tentang Project U dari Ubisoft yang sehingga kini masih belum ada khabar berita.

Sepanjang tempoh saya intern ni, saya telah menulis sebanyak 245 artikel dan artikel yang paling saya banggakan ialah berita mengenai pelakon suara Haruhi Suzumiya dan filem Avatar: The Way of Water. Ianya kerana saya tidak sangka bahawa berita tersebut berjaya mendapat lebih dari 1 ribu like daripada anda di Facebook Gamer Santai. Saya amat-amat berterima kasih kepada korang semua atas penerimaan penulisan saya.

Pengalaman membuat Review

Cerita tentang bahagian review, tidak banyak dan tidak sikit juga tugasan saya menulis review sepanjang tempoh intern di sini. Antara review yang saya tulis ialah The Dungeon of Naheulbeuk, Just Dance 2023 Edition, Harvestella, Dragon Quest Treasure, Once Again, Alice in Borderland Season 2 dan Pulse 3D.

Selain itu, saya juga diberikan peluang sebagai “person in charge” (PIC) dalam membuat review game dan produk. Dengan menjadi PIC, saya berperanan untuk menulis nota tentang game dan produk yang perlu direview lalu berkongsi bersama rakan media yang lain di Gamer Brave, Wanuxi dan GamerWK. Antara game dan produk yang saya PIC ialah game Ultra Kaiju Monster Rancher dan produk ASUS Zenbook S 13 OLED serta headset Sony Pulse 3D.

Pengalaman menulis review ini merupakan sesuatu yang menyeronokkan kerana saya dapat berkongsi kepada anda semua tentang pengalaman bermain game dan analisis daripada saya sendiri.

Rutin sepanjang Intern

Bercakap tentang rutin harian saya sebagai seorang intern jurnalis di Gamer Santai, ia adalah satu pengalaman yang baru bagi saya. Jika sebelum ini saya bangun pagi untuk masuk ke kelas dan melalukan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kali ini saya bangun pagi untuk pergi ke pejabat dan melakukan tugasan yang diberi oleh supervisor saya.

Jadi, setiap pagi selepas memasuki ke pejabat. Saya dan rakan-rakan di Gamer Santai akan berbincang sesama kami tentang tidak kira game, anime, manga atau teknologi. Dari situ, ketua kumpulan saya akan membahagikan kerja dan artikel apa yang saya harus tulis pada hari itu.

Jika pada hari itu saya mempunyai tugasan review game dan perlu siapkan nota secepat mungkin, saya diberi peluang untuk bermain dalam satu atau dua jam sebelum waktu bekerja tamat. Apabila tiba di rumah, saya akan menyiapkan nota review untuk diberikan kepada rakan media yang lain.

Sebelum korang salah faham, saya ingin jelaskan terlebih dahulu. Walaupun syarikat ini menulis berita dan cerita tentang game, kami tidak menghabiskan masa kami bermain game sahaja malah sama-sama memerah otak untuk menghasilkan content kepada para pembaca Gamer Santai. Jika kami bermain game semasa waktu bekerja, itu bermaksud kami sedang bekerja.

Sebagai seorang yang memasuki ke dunia media, saya turut diajar cara kerja untuk menjaga sesi siaran media untuk produk berjenama yang bakal dilancarkan seperti Razer dan iQOO, membuat liputan mengenai acara game seperti game Silent Hill. Di sini saya belajar untuk sentiasa menyediakan liputan terkini dengan cepat untuk pembaca walaupun acara tersebut berlangsung pada 4 pagi waktu Malaysia.

Cabaran

Tipu kalau saya kata tiada cabaran langsung sepanjang tempoh intern. Macam yang saya kata, daripada seorang pelajar Games Art, buat model 3D, menganimasikan watak 3D kepada menulis artikel. Memang lari bidang betul la…

Antara cabaran yang saya hadapi ialah saya perlu sentiasa peka dengan setipa tugasan yang diberi dan perlu mengejar masa untuk menyiapkan sesebuah artikel. Saya pernah membuat kesilapan typo ada tajuk artikel, bila saya betulkan semula tajuk tersebut, pautan artikel itu hilang membuatkan pembaca tercari-cari info tersebut. Maafkan saya…

Saya juga pernah mengambil masa yang sangat lama untuk menyaipkan satu artikel sehingga dimarahi oleh ketua kumpulan saya. Namun, saya tidak mengambil hati dan berputus asa malah menganggapnya sebagai pembakar semangat untuk kembali menjadi lebih baik. Kini, saya berani untuk katakan bahawa saya boleh siapkan satu artikel bawah masa 30 minit.

Banyak perkara yang dipelajari

Banyak juga perkara yang saya belajar sepanjang tempoh hampir empat bulan ini seperti cara kerja sebagai seorang jurnalis. Saya juga turut didedahkan dengan pelagai ilmu baru seperti bahagian teknologi mengenai perkakasan PC, laptop dan smartphone, serta perkembangan esport di Malaysia termasuk juga luar negara.

Saya menganggap pengalaman intern saya di Gamer Santai seperti berkerja sepenuh masa dan mengambil peluang yang diberikan untuk belajar benda baru setiap hari. Walaupun mungkin kerja nampak banyak, tapi dengan teknik yang betul dan minat untuk mendalami sesuatu perkara, pasti tidak akan ada banyak masalah.

Dari sudut sebagai seorang pelajar, saya dapat belajar banyak perkara baru yang tidak di ajar sepanjang berada di universiti. Pendedahan ini membuatkan saya lagi bertambah semangat untuk terus mempelajari perkara baru di dunia luar dan sentiasa mengambil peluang untuk menambah baik kemahiran dan meningkatkan kualiti kerja.

Penutup

Akhir kata, bagi korang yang mempunyai minat dengan dunia gaming, anime atau teknologi dan suka membaca dan menulis. Saya syorkan kepada korang untuk mencuba bidang jurnalis dan rasai sendiri pengalaman yang boleh membuka mata anda melihat industri game di sudut yang berbeza.

Saya harap perkongsian pengalaman intern saya ini dapat menarik minat korang untuk meneroka dunia gaming dan terus menyokong Gamer Santai sebagai media perkongsian permainan video dan macam-macam lagi di Malaysia.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca penulisan saya ini. Semoga bertemu lagi, bye-bye!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamer SantaiInternJurnalis
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Hubungan Antara Kenjaku Dan Yuji

Next Post

Nak Pergi Acara ACG Tahun Ini? Jom Usya Acara-acara ACG Malaysia Yang Akan Berlangsung 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nak Pergi Acara ACG Tahun Ini? Jom Usya Acara-acara ACG Malaysia Yang Akan Berlangsung 2023!

Nak Pergi Acara ACG Tahun Ini? Jom Usya Acara-acara ACG Malaysia Yang Akan Berlangsung 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd