Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengakhiran manga One Piece didedahkan oleh pakar teori – kisah lengkap! *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 30, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pengakhiran manga One Piece didedahkan oleh pakar teori – kisah lengkap! *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda semua tahu, siri One Piece mengandungi banyak rahsia termasuk identiti harta karun legenda, apa yang berlaku semasa “Void Century”, rahsia “The Will of D” dan banyak lagi tetapi misteri terbesar sudah tentu adalah pengakhiran ceritanya. Disebabkan itu, ramai yang cuba merungkaikan misteri-misteri tersebut secara sendiri.

Baru-baru ini, seorang pakar teori bernama “u/gohdroger” mendakwa dia tahu tentang pengakhiran One Piece dan apa yang berlaku dalam plot. Di sini, dia mengeluarkan rumusan yang panjang tentang plot utama, termasuk info tentang pengakhiran manga.

Dalam teori dia, tiga topik utama menjadi tumpuan iaitu ‘Ancient Kingdom’, ‘Devil Fruit’, dan ‘pertarungan terakhir’. Malah, teorinya kedengaran seperti sangat tepat hingga posting-nya terpaksa diharamkan di Reddit One Piece.

Berikut adalah teori pengakhiran One Piece:

*SPOILER TIDAK SAH DI BAWAH*

Kisah sebenar Ancient Kingdom

Ancient Kingdom

u/gohdroger mendakwa bahawa Luffy akan menggabungkan kuasa Devil Fruit-nya bersama Bonney dan Franky (pada ketika ini, Franky memiliki Devil Fruit Kuma) untuk mengembara kembali ke masa 900 tahun yang lalu. Kuasa baru ini dinamakan sebagai ‘True Awakening’.

Pada zaman itu, Luffy akan terserempak dengan dua beradik bernama Im dan Dyras. Kita dapat tahu bahawa Dyras kemudian akan menjadi Joy Boy dan memiliki Nika Nika no Mi. Pada masa yang sama, Im hanya dapat melihat topi jerami milik Luffy, lantas membuatkannya obses dengan topi itu hingga ke masa kini.

Im – One Piece

Im dan Dyras rupanya adalah putera kepada Ancient Kingdom. Untuk mengukuhkan kuasanya sebagai pemerintah dunia, Im menggunakan Ancient Weapon – Uranus untuk menggulingkan kuasa kerajaan. Dalam proses, Ancient Kingdom dipecahkan kepada banyak bahagian dan ada yang tenggelam ke dasar laut. Selepas mengalahkan Joy Boy, Im memulakan proses perubahan dunia yang dikenali sebagai Void Century.

Pertarungan terakhir

Marshall D. Teach aka Blackbeard

Pertarungan terakhir bermula apabila Red-Haired Shanks dan Blackbeard bertemu. Ini akan menjadi antara pertarungan paling sengit dalam sejarah One Piece tetapi malangnya, Shanks mati dalam Laugh Tale.

Semasa semua ini berlaku, Ancient Weapon – Pluton, sebuah kapal perang yang boleh memusnahkan dunia akan ditemui. Blackbeard cuba menawan senjata itu tetapi tidak dapat menyerapnya, kerana salutan Seastone/Kairoseki pada badan kapal. Di sini, Blackbeard bekerjasama dengan Im.

Di penghujung kisah, Luffy bertarung Blackbeard untuk menandakan ‘pertarungan terakhir’. Kedua-duanya akan bertarung di Dreamland selepas Luffy berjaya mengheret Blackbeard ke alam ghaib tersebut. Di sana, Blackbeard kalah dan selama-lamanya kekal dalam tidur abadi.

Devil Fruit tidak akan wujud lagi

Sebelum wujudnya Ancient Kingdom, cuaca di dalam dunia One Piece memang sangat berbahaya dan tidak menentu. Untuk menenangkan cuaca, manusia menanam pokok yang kemudian dikenali sebagai ‘Tree of Adam and Eve’. Tidak lama selepas itu, pokok ini menghasilkan buah.

Empat buah pertama dihasilkan kerana keinginan manusia semasa zaman yang susah. Buah ini dicipta mengikut keinginan manusia untuk “hasil”, “pelihara”, “mampan”, dan “hidup”. Lama-kelamaan, pemilik empat buah ini dianggap sebagai Dewa Bumi, Dewa Hutan, Dewa Hujan, dan Dewa Matahari.

Namun, apabila kehidupan manusia bertambah baik, keinginan manusia mula menjadi semakin tamak. Akibatnya, buah-buahan yang terhasil daripada sifat tamak itu digelar sebagai Devil Fruit. Menurut u/gohdroger, Luffy adalah Dewa Matahari, Naga adalah Dewa Hujan, manakala identiti dua lagi masih tidak diketahui. “Devil” sudah tentu adalah Blackbeard.

Di penghujung One Piece, Red Line akan hancur lantas membuatkan paras laut semakin jatuh. Oleh itu, semua pemilik Devil Fruit akan mempunyai keinginan natural untuk “kembali ke tanah” di mana Devil Fruit mula-mula terbentuk. Ini menjelaskan mengapa semua pemilik Devil Fruit akan lemas di dalam air.

Akhir sekali, Luffy akan mengembalikan semua Devil Fruit kepada “alam semula jadi”; dengan itu, dia melenyapkan kewujudan Devil Fruit buat selama-lamanya.


Selama bertahun-tahun saya mengikut One Piece, ini mungkin adalah teori paling gila setakat. Mungkin ada yang tepat, mungkin ada yang tidak – jadi satu-satu caranya adalah untuk sabar menunggu bab baru di Shonen Jump.

Jika ada yang berminat, saya akan tinggalkan pautan kepada Reddit u/gohdroger di SINI.

Apa pendapat anda? Adakah korang bersetuju dengan teori One Piece di atas? Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaone pieceSpoiler
Previous Post

Black Clover: Asta & Sister Lily bertemu, perlawanan semula kini berlangsung!

Next Post

Baru Sebulan Ditayangkan, Siri-siri Anime Ini Telah Ditangguhkan Sebab Covid-19!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Baru Sebulan Ditayangkan, Siri-siri Anime Ini Telah Ditangguhkan Sebab Covid-19!

Baru Sebulan Ditayangkan, Siri-siri Anime Ini Telah Ditangguhkan Sebab Covid-19!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd