Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran Free Fire Malaysia Championship 2021 kini dibuka! Hadiah berjumlah RM200 ribu menanti pemenang!

Pendaftaran bermula dari 31 Mei sehingga 6 Jun

Amir Haziq by Amir Haziq
June 1, 2021
in Acara, Android, Artikel, Berita, Game Online, Genre, iOS, Kejohanan esports, Mobile, Online Game, Platform, Tempatan
0 0
0
Pendaftaran Free Fire Malaysia Championship 2021 kini dibuka! Hadiah berjumlah RM200 ribu menanti pemenang!
Share on FacebookShare on Twitter

Garena hari ini telah mengumumkan kejohanan Free Fire Malaysia Championship 2021 (FFMC 2021) yang menawarkan prize pool berjumlah RM200,000. Kejohanan FFMC 2021 ini akan menjadi kejohanan pertama yang hanya boleh disertai oleh warganegara Malaysia sahaja selepas 2020 Free Fire Malaysia Open. Pendaftaran kejohanan ini sudah dibuka dan boleh dilakukan melalui halaman in-game Free Fire Cup, serta Grand Final akan bermula pada 31 Julai 2021 nanti.

Semua pemain dengan akaun sekurang-kurangnya level 20 dan berada di rank Gold akan layak untuk mendaftar dan menyertai FFMC 2021, tanpa sebarang yuran penyertaan. Bagi pendaftaran saluran strim, pemain boleh mendaftar untuk kejohanan di halaman in-game Free Fire Cup bermula 31 Mei sehingga 6 Jun 2021.

Dengan sokongan yang berterusan dari peminat, Free Fire Malaysia Championship 2021 akan membawa para Survivor ke kejohanan terbesar Free Fire yang dianjurkan di Malaysia. Anda juga dapat merasai pengalaman eSukan yang mendorong had game mobile melalui persaingan sengit dan hangat sepanjang kejohanan.

Free Fire Malaysia Championship 2021 akan terdiri dari peringkat Qualifier Stage, 6 minggu League Stage dan Grand Final.

Qualifier Stage

Pasukan yang terdiri 4 dari 6 pemain yang berdaftar akan memulakan perjalanan kejohanan pada peringkat online qualifier. Dari sini, mereka akan menyertai mod kejohanan in-game qualifier dari 4 sehingga 6 Jun 2021, dan hanya 48 pasukan teratas dalam carta akan layak ke pusingan akhir Qualifier.

Semasa di akhir Qualifier, 48 pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, dimana setiap pasukan akan menentang sesama mereka untuk mendapatkan 4 terbaik. 18 pasukan dari pusingan akhir Qualifier akan mara ke League Circuit Stage.

League Stage

18 pasukan yang layak ini akan terbahagi kepada 3 kumpulan, dan setiap kumpulan akan menentang sesama mereka selama 8 hari perlawanan, yang akan dirombak selepas hari ke-4 perlawanan. League Circuit Stage akan berlangsung dari 26 Jun sehingga 18 Julai 2021 dan setiap pasukan perlu mengumpul mata perlawanan untuk mendapatkan tempat 12 teratas bagi melayakkan mereka ke Grand Final yang berlangsung pada 31 Julai.

Grand Finals

12 pasukan yang layak ke Grand Final akan bertarung sebanyak 6 pusingan di ketiga-tiga peta, dan pasukan yang mempunyai mata perlawanan yang tertinggi berdasarkan rank pusingan dan jumlah kill akan membawa wang tunai sebanyak RM200,000.

Bagi menjaga keselamatan dan mengikut inisiatif penjarakan sosial, League Circuit Stage dan Grand Final akan dianjurkan secara online sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai FFMC 2021, anda boleh layari laman rasmi Free Fire dan ikuti maklumat terkini di Facebook dan Youtube mereka. Bagi mereka yang berminat untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Muat turun di sini
Garena Free Fire
Developer: Garena
Release Date: 2017-12-04
Android, iOS
Garena Free Fire adalah permainan video untuk bergerak dari genre permainan battle royale, yang dibangunkan oleh 111dots Studio dari Vietnam dan diterbitkan oleh Garena. Permainan ini dibebaskan betanya pada 20 November 2017 dan secara rasminya dikeluarkan untuk Android dan iOS pada 4 Disember 2017.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FFMC 2021Game MobileGarena Free Fire
Previous Post

Disney+ Hotstar kini di Malaysia! Dapatkan harga langganan semurah RM54.90 untuk 3 bulan!

Next Post

ROG memperkenalkan Laptop Gaming Strix G15 dan G17 Advantage Edition dengan All-AMD Internals

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
ROG memperkenalkan Laptop Gaming Strix G15 dan G17 Advantage Edition dengan All-AMD Internals

ROG memperkenalkan Laptop Gaming Strix G15 dan G17 Advantage Edition dengan All-AMD Internals

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd