Square Enix telah mendedahkan patung Masterclass skala 1/6 yang menampilkan Tera dari FFVI yang berharga 1,485,000 yen atau anggaran RM50,555.64. Ramai di seluruh dunia terkejut melihat harganya termasuk pencipta francais Final Fantasy, Hironobu Sakaguchi.

Seperti saya, patung ini menampilkan Tera (protagonis dari FFVI) sedang berdiri di atas perisai Magitek, serta papan nama, bahagian yang boleh ditukar ganti untuk wajah dan pose berbeza, dan Moogle yang boleh anda letakkan untuk sekadar hiasan tambahan.
Seterusnya, Square Enix mengesahkan bahawa patung itu akan dihadkan kepada 600 unit di seluruh dunia, di mana 150 akan dipasarkan secara eksklusif di Jepun. Prapesan untuk patung itu akan dijalankan sehingga mencapai had 600 dan akan mula dihantar pada 23 Julai 2023.
Tidak boleh dinafikan dalam video di atas bahawa patung itu sangat besar dan memang adalah karya yang mengagumkan oleh Square Enix, tetapi mengapa harganya mahal sangat? Ini yang menimbulkan kemarahan peminat dan juga bekas pekerja Square Enix sehinga pencipta francais FF, Hironobu Sakaguchi. menulis dalam Tweet:
Bukankah itu agak keterlaluan ? Awak okay, Square Enix?”

Sakaguchi, yang sebelum ini membimbing siri Final Fantasy telah meninggalkan Square Enix pada tahun 2003 untuk mengasaskan studio bernama Mistwalker. Beliau turut menambah bahawa walaupun diorama yang dibina untuk game RPG Fantasian sudah “cantik sangat”, itu pun tidak menelan kos yang banyak seperti patung ini.
Final Fantasy VI asalnya dilancarkan untuk konsol Super Famicom di Jepun pada tahun 1994. Sejak itu, game ini telah dikeluarkan di PlayStation, Game Boy Advance, telefon pintar dan PC. Selepas meraih sambutan yang positif di kalangan peminat selama bertahun-tahun, Final Fantasy VI Pixel Remaster dilancarkan untuk PC melalui Steam dan peranti mobile pada 23 Februari.

Apa pendapat korang pasal patung di atas? Sanggup tak beli? Untuk membaca segala liputan kami tentang Final Fantasy termasuk kolaborasi mereka bersama UNIQLO, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post