Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta DreadOut Umum Game Baru Project BWS – Survival Horror Ala Resident Evil

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2024
in Artikel, Berita, Seram
0 0
0
Pencipta DreadOut Umum Game Baru Project BWS – Survival Horror Ala Resident Evil
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan ulang tahun francais DreadOut yang berlangsung semalam, pembangun Digital Happiness mengadakan sesi siaran khas yang merangkumi beberapa kejutan menarik – salah satunya adalah game survival horror baru yang setakat ini hanya diberi tajuk “Project BWS“.

Menurut GamerWK, game ini diumumkan di penghujung siaran khas itu dan tampil secara teaser sahaja. Anda boleh menonton video di bawah untuk gambaran lebih umum:

Dalam teaser itu, kita dapat melihat seorang wanita yang kelihatan seperti ahli kumpulan pasukan khas, siap dengan peralatan dan baju, sedang meneroka sebuah kampung atau fasiliti pada waktu malam. Akhirnya, dia bertemu dengan mayat hidup yang menyerupai zombie.

Kredit: Digital Happiness

Wanita itu kemudian bertarung secara jarak dekat dengan zombie itu, malah boleh boleh melancarkan finisher ala menghalau roh untuk membunuh musuh itu buat selama-lamanya.

Kredit: Digital Happiness

Tidak banyak yang ditunjukkan selain daripada itu. Malah, Digital Happiness pun tidak berkongsi sebarang butiran tambahan selepas teaser itu seperti gameplay umum, jalan cerita, platform, dan tarikh keluaran.

Tetapi daripada apa yang kami lihat, Project BWS pasti tergolong sebagai game survival horror dengan elemen aksi, sesuatu yang mungkin biasa bagi para gamer yang pernah bermain Resident Evil, terutamanya kerana musuh yang mereka lawan juga kelihatan seperti zombie.

Kredit: Digital Happiness

Pada masa yang sama, suasana tropika dan persekitaran yang ditunjukkan dalam teaser menunjukkan bahawa game ini akan berlangsung di Indonesia.

Setakat ini, itu sahaja info yang diperoleh. Kita hanya mampu nantikan maklumat lanjut daripada Digital Happiness.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DreadOutProject BWS
ShareTweetSend
Previous Post

Cygames Membuka Cawangan di Singapura

Next Post

Previu Enotria: The Last Song – Soulslike Yang Solid Dari Studio Indie

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Previu Enotria: The Last Song – Soulslike Yang Solid Dari Studio Indie

Previu Enotria: The Last Song - Soulslike Yang Solid Dari Studio Indie

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd