Activision telah melancarkan kemas kini untuk Call of Duty: Mobile, yang pertama pada tahun 2021, memberikan peta baru, mod, operator baru dan battle pass, serta perbaikan bug dan peningkatan lain. Update kini tersedia untuk dimuat turun di iOS dan Android.
Call of Duty: Mobile bertujuan untuk menjadi koleksi hampir setiap elemen Call of Duty, termasuk watak, senjata, dan peta dari Call of Duty 4: Modern Warfare, Call of Duty: Black Ops 4, Call of Duty: Modern Warfare serta Call of Duty: Black Ops Cold War dan mod Battle Royale yang serupa dengan mod Blackout dari Call of Duty: Black Ops 4 dan Call of Duty: Warzone.
Sebaik sahaja anda update dan membuka game, operator Charly kini akan tersedia untuk digunakan dalam semua mod permainan. Charly pada asalnya adalah watak yang muncul dalam Modern Warfare (2019), dan tidak terikat dengan sebarang reward atau exclusivity window.
Battle pass baru juga tersedia untuk Call of Duty Mobile, yang merangkumi unlock eksklusif seperti blueprint AS VAL – Judgment, Mace – Back operator skin dan Legendary Calling Card baru. Terdapat juga beberapa ganjaran battle pass percuma seperti AS VAL assault rifle dan Napalm scorestreak.
Dua peta baru ialah Shoot House dan Shipment. Shoot House, yang awalnya muncul dalam Modern Warfare (2019), adalah peta bersaiz sederhana yang terletak di tempat latihan ketenteraan dan mempunyai banyak pertempuran jarak dekat serta jarak jauh di bahagian tengah peta.
Manakala Shipment pula sebaliknya, adalah peta kecil yang telah muncul dalam banyak permainan Call of Duty sebelumnya dan berasal dari Call of Duty 4: Modern Warfare dari tahun 2007. Ini adalah peta kecil yang menampilkan banyak bekas kontena, dengan banyak peluang untuk pertempuran jarak dekat dan banyak kekacauan.
Mod baru juga telah diperkenalkan, seperti Tank Battle untuk bahagian game battle royale dan variasi sniper di Gunfight.
Anda boleh melihat patch lengkap di sini. Muat turun Call of Duty Mobile sekarang dari AppStore iOS dan Google PlayStore untuk Android, di mana permainan ini percuma untuk dimainkan dengan pembelian dalam aplikasi.
Sumber: PocketGamer

@gamersantaimy
Discussion about this post