Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemuda Buat Onar Semasa The Game Awards 2022! Sempat Buat Shoutout Kepada Bill Clinton!

Maira by Maira
December 9, 2022
in Acara, Anugerah, Artikel, Berita
0 0
0
Pemuda Buat Onar Semasa The Game Awards 2022! Sempat Buat Shoutout Kepada Bill Clinton!
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang The Game Awards 2022, dengan pengumuman game baru dan juga persembahan hebat artis jemputan. Tetapi ada sesuatu yang lebih menarik berlaku semasa penghujung acara tersebut. Boleh pula ada seorang pemuda ini buat “shoutout” untuk Bill Clinton. Semua penonton yang menonton acara tersebut, agak pelik dan tertanya-tanya tentang perbuatan pemuda itu. Mari kami ceritakan secara ringkas.

💀💀 pic.twitter.com/YwUeeP3OFE

— Talpz (@scorpiosanchez_) December 9, 2022

Selepas Elden Ring diumumkan sebagai “Game of The Year” untuk The Game Awards 2022, sudah tentu pembangun akan ke pentas untuk memberikan ucapan mereka. Tanpa disedari, seorang pemuda boleh pula menyelinap dan mengikuti krew pembangun ke atas pentas. Selepas habis ucapan oleh Miyazaki, produser Elden Ring, pemuda misteri itu terus ke mikrofon dan berkata “saya calonkan anugerah ini kepada rabbi ortodoks saya Bill Clinton, terima kasih semua!”

Kemudian, pemuda tersebut telah dibawa keluar pentas dan acara diteruskan dengan kata-kata akhir oleh Geoff Keighley sebelum acara ditamatkan. Selang beberapa minit selepas acara, Geoff memberitahu bahawa pemuda tersebut telah pun ditangkap selepas mengganggu acara tersebut.

The individual who interrupted our Game of the Year moment has been arrested.

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) December 9, 2022

Insiden yang berlaku ini boleh tahan juga impaknya. Banyak meme yang telah tular selepas apa yang dilakukan oleh pemuda itu. Sabar sahajalah. Rasanya Geoff sendiri terkejut dengan apa yang berlaku tetapi kekal tenang sehingga acara ditamatkan.

Berkenaan pemuda misteri itu, dikhabarkan bahawa dia telah pun membuat rancangan tersebut sebelum acara bermula. Perkara ini diceritakan oleh pengguna Twitter yang telah mendapat mesej mengenai rancangan pemuda itu.

I literally got this first message before the kid even said anything. This is wild. pic.twitter.com/tcPSzKpkN3

— James (@MKUltraMoney) December 9, 2022

Apa pun, anda semua janganlah tiru perbuatan seperti ini. Agak kurang sopan kepada penerima anugerah dan juga penganjur majlis tersebut. Agaknya apalah hukuman yang diterima oleh pemuda tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bill ClintonTGA 2022The Game Awards 2022
Previous Post

Demo Forspoken kini tersedia di PlayStation 5 secara PERCUMA! [TGA 2022]

Next Post

Wild Hearts rasmi akan keluar 17 Februari 2023, prapesan buka sekarang! [TGA 2022]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Wild Hearts rasmi akan keluar 17 Februari 2023, prapesan buka sekarang! [TGA 2022]

Wild Hearts rasmi akan keluar 17 Februari 2023, prapesan buka sekarang! [TGA 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd