Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat Monster Hunter Rise hasilkan Charge Blade DIY guna kadbod

Amir Haziq by Amir Haziq
May 6, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch
0 0
0
Peminat Monster Hunter Rise hasilkan Charge Blade DIY guna kadbod
Share on FacebookShare on Twitter

Terasa seronok bila melihat keterujaan para peminat Monster Hunter Rise sejak ia dilancarkan bulan Mac lalu di Nintendo Switch. Game ini mempunyai pelbagai jenis senjata dengan macam-macam kebolehan unik, dan yang paling mendapat perhatian peminat semestinya Charge Blade kerana mempunyai kombo damage yang kuat. Baru-baru ini, seorang peminat Rise telah menghasilkan Charge Blade DIY menggunakan kadbod dan boleh berfungsi! Anda boleh saksikan perkongsian videonya dibawah.

Peminat MH Rise, DanCreator telah memuat naik sebuah video mengenai Charge Blade DIY yang diperbuat sepenuhnya dari kadbod di Youtube. Di dalam video tersebut, DanCreator telah menunjukkan bagaimana pedang ini dihasilkan dengan terperinci supaya menyerupai Regas Hyper. Beliau juga menunjukkan pedang ini mempunyai banyak bahagian mekanikal, seperti kepala kapak yang boleh ditanggalkan untuk bertukar menjadi pelindung.

 

Selain itu, DanCreator juga pernah memuat naik video pembuatan Kamura Ninja Blade Long Sword dan Kamura Cleaver Great Sword versi kadbod di akaun Youtube-nya. Hasil-hasil DIY menggunakan kadbod beliau sangat hebat serta kreatif ini telah dilihat ribuan penonton. Agak mustahil untuk mengayunkan pedang-pedang tersebut kerana ia sangat besar, tetapi DanCreator berjaya menghasilkannya dengan sangat bagus.

Pada minggu lepas, Monster Hunter Rise telah menerima kemaskini 2.0 yang besar dengan tambahan Event Quest, Layered Armor dan beberapa monster kegemaran peminat. Kemaskini baru ini juga memberikan pemain peluang untuk bertarung dan menewaskan Elder Dragons Kushala Daora, Teostra serta Chameleos. Capcom akan melancarkan kemaskini pada hujung bulan ini dengan lebih banyak monster baru, cerita baru dan banyak lagi!

Anda boleh melihat lebih banyak video DIY yang dihasilkan DanCreator di akaun Youtube beliau. Bagi mereka yang ingin mengikuti segala liputan mengenai Monster Hunter: Rise, klik sahaja pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Charge BladeDanCreatorDIYMonster Hunter Rise
Previous Post

Keseraman Resident Evil Village terpaksa diturunkan kerana RE7 dianggap ‘terlalu menakutkan’!

Next Post

MAGGI HOT CUP menjadi Penaja Rasmi Liga Profesional League of Legends: Wild Rift Malaysia

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MAGGI HOT CUP menjadi Penaja Rasmi Liga Profesional League of Legends: Wild Rift Malaysia

MAGGI HOT CUP menjadi Penaja Rasmi Liga Profesional League of Legends: Wild Rift Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd