Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat MARVEL Super War? Kami berpeluang menemuramah secara eksklusif dengan pasukan pembangunan mereka!

Nyny.A by Nyny.A
April 14, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Android, Artikel, Berita, Eksklusif, iOS, Mobile, Temuramah
0 0
0
Peminat MARVEL Super War? Kami berpeluang menemuramah secara eksklusif dengan pasukan pembangunan mereka!
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda peminat sejati permainan MOBA MARVEL Super War yang kini makin melonjak naik namanya masa kini? Disebabkan itu, kami mengambil peluang ini untuk menemu ramah pasukan MARVEL Super War bagi pihak pemain atas beberapa soalan yang sering bermain diminda! Ya kami daoat menemuramah eksklusif pasukan pembangunan permainan ini secara dalam talian!

Beberapa perkongsian telah pun dikongsikan mereka, maka kali ini kami pula akan mengongsikan pada anda semua dengan jawapan pasukan mereka! Seperti ramai yang tahu, beberapa hero baru telah hadir didalam MARVEL Super War seperti Pixie, kemudian dibebani dengan masa lalu yang berat dan memegang Ebony Blade dan menjadi legasi Black Knight juga Hela yang terbaru membawa genggaman kekuasaannya dan akan datang 9 April ini. Pasukan pembangunan menyatakan mereka akan cuba membawa 2 hero baru setiap dua minggu jika tiada sebarang aturan khas pada waktu tersebut.

Ada beberapa persoalan dari pemain MARVEL Super War seperti sesuatu hero tidak sepatutnya berada dikelas yang diletakkan, seperti yang pemain tahu kini terdapat enam kelas tersedia iaitu Fighter, Energy, Marksman, Assasin, Tank dan Support. Jadi antara persoalan yang hadir contohnya seperti mengapa Iron Man hanya diletakkan dikelas Energy dan kenapa bukan dimasuk bersama kelas Tank atau Marksman juga. Maka, pasukan pembangunan ini menyatakan bahawa setiap kelas hero diputuskan melalui watak asal dari buku komik Marvel yang digabungkan dengan ciri-ciri juga jejak yang dikenali. Kelas yang paling sesuai dipilih untuk setiap superhero dan mempersembahkan watak Marvel yang paling setia.

Sebagai contoh hero yang diberi iaitu Iron Man yang merupakan pencipta yang genius serta menjadi tulang belakang pasukan Avengers, menyediakan bantuan yang berkekalan dan berkuasa untuk pasukannya. Dengan ini, pasukan MARVEL Super War cuba mengekalkan gaya pertarungannya dalam permainan, seperti Uni-Beam yang dikuasakan dari bahagian dadanya, menukar fleksibel antara atas tanah, penerbangan dan sebagainya.

Oleh itu, Hero Energy adalah satu-satunya pilihan untuk Iron Man. Hero Energy boleh menggunakan kebolehan mereka yang berkuasa untuk mengenakan banyak kerosakan yang mampat, serta membuat penggerakan cepat ke lorong Top dan Bottom untuk membantu rakan sepasukan mereka apabila diperlukan.

Kami tahu bahawa ramai peminat menantikan kehadiran Wolverine didalam permainan ini, menurut pasukan pembangunan MARVEL Super War, mereka amat berterima kasih atas semangat untuk kehadiran Wolverine. Tapi malangnya, maklumat lanjut akan dikemas kini kelak bersama mana-mana berita berpotensi pada peminat apabila ada sesuatu yang baru. Jadi kita sebagai peminat ini, kita harus bersabar lagi dengan kehadiran Wolverine ye!

Terima kasih kerana semangat anda dan kami tahu peminat menjangkakan Wolverine! Untuk maklumat lanjut, kami akan mengemas kini mana-mana berita berpotensi pada media sosial kami apabila ada sesuatu yang baru. Jadi nantikan!

Pelbagai watak hero mempunyai kuasa dan kebolehan mereka tersendiri dan pasti kita tertanya bagaimana pasukan MARVEL Super War merancang kesemua ini terutama membuatnya menjadi sahih kan, jadi menurut mereka kami mendasarkannya pada reka bentuk watak asli dalam buku komik Marvel sambil mengiktirafkan dari karya popular yang lain. MARVEL Super War bercita-cita untuk menyampaikan watak-watak yang setia kepada watak-watak yang benar kepada karya asal, bukan hanya mencermin kan reka bentuk kemahiran tetapi juga aspek-aspek yang lebih terperinci seperti ekspresi wajah, tindakan dan adab-adab dengan cara mereka bergerak dan bercakap.

Terdapat beberapa watak yang kebal terhadap senjata konvensional dan seni mempertahankan diri seperti Magneto dan Hulk tetapi ada juga agihan seperti manusia biasa iaitu Black Widow dan Hawkeye jadi dari situ, ramai di antara peminat yang ingin tahu bagaimana kekuatan telah diagihkan. Jadi menurut mereka, walaupun MARVEL Super War diilhamkan oleh Marvel Universe dan mengakui asal usulnya, ia membina alam semesta yang baru dan unik dengan pandangan dunia yang bebas.

Dalam MARVEL Super War, alam semesta selari bertembung dengan satu sama lain, memaksa Super Heroes dari setiap alam semesta dibawa ke pertempuran yang menyeluruh untuk membina semula keamanan dan kestabilan alam semesta mereka sendiri. Dan setiap hero mempunyai kelebihan tempur unik mereka tersendiri di medan perang ini. Untuk Black Widow, dia lebih cepat, lebih hebat dan lebih fleksibel daripada Hulk. Dan dengan bantuan dikuatkan daripada peralatan berteknologi tinggi, dia cukup kuat untuk bersaing dengan Hulk.

Di samping itu dalam MARVEL Super War, berakhirnya semua perlawanan tidak diputuskan oleh satu hero tunggal. Ini semua mengenai kerja berpasukan. Black Widow boleh menewaskan Magneto dengan bantuan rakan sepasukannya seperti Iron Man dan Hulk juga mungkin akan K.O di bawah serangan dari Hawkeye dan Mantis. Ini adalah daya tarik permainan Marvel MOBA ini.

Ramai juga yang tahu, salah satu watak paling kuat dalam Marvel adalah Thanos, dan dengan kuasanya, tentu ada cara bagaimana untuk menyamakan taraf kekuatannya dengan hero yang lain apabila dalam permainan ini. Jadi menurut pasukan pembangunnan MARVEL Super War, sama ada dalam buku-buku komik Marvel asli atau dalam filem Marvel’s Avengers: Infinity War, proses pengumpulan Infinity Stones untuk Thanos selalu memikat hati penonton.

Kami ingin mencipta proses ini dalam permainan dan kami memilih untuk mereka bentuk kemahirannya berdasarkan idea ” mengumpul batu-batu yang berbeza akan memperoleh kesan keupayaan yang bersamaan,” menyediakan pemain pelbagai cara untuk menggunakan Thanos dan menunjukkan kuasa besarnya.

Walau bagaimanapun, pemerolehan semua batu ini tidak akan berlaku sekaligus. Pemain perlu meningkatkan kemahiran dengan menanam dengan teliti untuk meningkatkan tahap. Selain itu, pemain tidak dapat memperoleh semua kesan keupayaan 6 Infinity Stones pada masa yang sama. Batu Kuasa atau Batu Minda? Pemain perlu membuat pilihanya tersendiri.

Dan akhir sekali bagi pemain esports, ini adalah berita gembira untuk anda! Kalau anda nak tahu, tournament pertama MARVEL Super War sudah pun dijalankan di Thailand baru-baru ini! Dan kemungkinan besar ianya akan dibawa ke negara lain juga! Lebih-lebih lagi, pasukan pembangunan permainan ini juga sedang membangunkan sistem pertandingan mikro dan sistem kejohanan serantau dalam permainan, yang akan menyediakan pemain dengan lebih banyak keseronokan dan kemudahan mengenai perlumbaan kompetitif.

Setelah kami mengujinya, kami akan menunjukkannya kepada pemain. Oleh itu, sila teruskan ke perlawanan yang akan diadakan pada masa akan datang!

Wah, jadi bagaimana dengan persoalan-pesoalan yang sering anda ingin tahu dah dijawab oleh pasukan pembangunan MARVEL Super War ini? Puas hati tak? Sampai kat sini sahaja perkongsian kami kali ini. Berterima kasih pada pasukan pembangunan MARVEL Super War kerana menerima temuramah eksklusif ini bersama kami untuk dikongsikan kepada semua peminat permainan MOBA yang makin popular ini!

Muat turun di sini!
MARVEL Super War
Publisher: NetEase Games
Release Date: 2019-12-19
Android
MARVEL Super War mempunyai Super Heroes dari semua francais Marvel! Bermain sebagai watak kegemaran anda atau pilih dari pemain hebat Heroes and Villains, masing-masing dengan gaya dan kemahiran yang unik dan bergabung dengan pergaduhan semua bintang utama dalam perlawanan MOBA!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MARVEL SUPER WARMOBAMSWTemuramahTemuramah dev team MSWTemuramah Marvel Super War
Previous Post

Inilah 16 pasukan daripada Malaysia & Singapura yang berjaya mara ke PMPL 2020 S1 GRAND FINALS!

Next Post

Setiap siri anime dalam sejarah francais DIGIMON! Mana satu menjadi kegemaran anda?

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Setiap siri anime dalam sejarah francais DIGIMON! Mana satu menjadi kegemaran anda?

Setiap siri anime dalam sejarah francais DIGIMON! Mana satu menjadi kegemaran anda?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd